Asuh

Ada 4 Stail Mak-Mak Bila Menyuruh Anak, Anda Ibu Bapa Yang Mana Satu?

17
SHARES
cara suruh anak

Anak-anak walaupun sudah boleh memproses maklumat, mengikut dan memahami arahan, kadang-kadang mereka akan bertindak bertentangan dengannya seperti tidak mendengar kata. Disebabkan itu, ibu bapalah seharusnya tahu cara suruh anak yang betul terutamanya dalam penggunaan ayat.

Melalui perkongsian dari Puan Wawa Shauqi, terdapat 4 jenis gaya menyuruh anak yang ibu bapa sering lakukan. Ia adalah melalui bebelan, ugutan, runding dan tegas dalam sayang. Jadi, mana satukah cara anda memberi arahan kepada anak-anak? Jom lihat!

Baca juga: Elak 6 Bahan Ramuan Ini Dari Kelengkapan Mandian Bayi, Terutama Anak Ekzema

cara suruh anak

Gambar hiasan: Google.

Style menyuruh anak. Kita yang mana satu? Not to judge. Tapi bagus untuk self reflection.

1. BEBEL (LECTURING)

“Tapi adik kena tidur…hari dah malam. Adik selalu macam ini…kenapa susah sangat nak tidur? Adik kena tidur! Kenapa tak dengar cakap emak ini? Tidur ni baik untuk adik…adik tak penat ke? Adik mesti penat kan…”

cara suruh anak

Gambar: Dr.Siggie

2. UGUT (THREAT)

“Sudah! Berhenti menangis dan pergi masuk tidur sekarang atau tak esok tak boleh tengok televisyen!”

cara suruh anak

Gambar: Dr.Siggie

3. RUNDING (NEGOTIATING)

“Boleh ye adik tolong mak, kalau adik masuk tidur esok pagi emak akan buatkan sarapan kegemaran adik.”

cara suruh anak

Gambar: Dr.Siggie

4. TEGAS DALAM SAYANG (VALIDATION + BOUNDARY)

“Sekarang ini masa untuk tidur. Ya, sekarang sayang. Masanya untuk tidur. Mak tahu adik mesti rasa marah dan sedih sebab kena tidur. Ambil masa adik dan bila dah bersedia, tenangkan diri adik. Mak tahu adik boleh buat. Selamat malam.”

cara suruh anak

Gambar: Dr.Siggie

CARA SURUH ANAK STAIL 1 – 4

Kita mak ayah warganegara Malaysia ni, biasanya ada bakat semula jadi untuk apply cara nombor 1 tu. Lagi pula, DNA seorang mak.

Kaedah nombor 2 dengan 3 tu, saya perhati kaum bapa lebih mahir apply sebab cara ini paling simple nak dapatkan kerjasama dari anak.

Tapi saya yakin, walaupun kebanyakan kita biasa guna cara 1 hingga 3 tu, once bila dah ada ilmu, kita usaha juga praktis cara ke-4 tu. Kan?

Cara yang ke-4 tu lah pilihan mak ayah yang Autoritatif. Penyayang. Dalam masa yang sama, tegas bila bab peraturan.

Dalam usaha mak ayah Malaysia nak jadi Autoritatif, cuba – gagal – cuba – gagal itu biasa. Yang penting kita usaha praktis sampai jadi kebiasaan.

Gambar:

Gambar hiasan: Google.

CONTOH-CONTOH AYAT VALIDATION + BOUNDARY

Lagi contoh ayat VALIDATION + BOUNDARY.

CONTOH 1:

“Mama tahu abang tak sabar nak makan aiskrim sekarang. Mama faham sebab mama pun kadang-kadang macam tu. Tapi, kita kena habiskan nasi dulu. Lepas habis nasi, kita boleh makan aiskrim ni, ok. Jom habiskan makan.”

CONTOH 2:

“Mama tahu abang rasa selesa dengan puting susu ni. Sedih nak berpisah. Mama letak dalam bekas ni, abang boleh bawa bekas ni dan peluk waktu tidur. Tapi bukan untuk hisap. Sebab abang dah besar.

“Baby je hisap puting. Kalau abang guna puting ni, mama kesian nanti gigi abang rosak. Rahang abang, mulut abang tak boleh tumbuh dengan elok.”

CONTOH 3:

“Mama tahu abang suka dengan mainan yang abang jumpa ni. Tapi, mainan ni bukan abang punya. Cuba bayangkan kalau tuan punya mainan ni datang cari mainan dia, tapi dah hilang.

“Mesti dia sedih sangat-sangat. Jom, letak balik kat tempat dia.”

CONTOH 4:

“Memang abang rasa teringin sangat-sangat main basikal kat luar. Tapi cuaca tengah panas. Tak sesuai untuk main dekat luar. Kalau main juga, kepala akan sakit, abang boleh demam.

“Lagi rugi kalau demam nanti. Berhari-hari tak boleh main dekat luar. Jom kita masuk.”

Sumber: Facebook Wawa Shauqi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×