Asuh

Anak Mudah Tiru Sikap Ayah, Jadi Tunjukkan Sikap Baik & Jaga Pertuturan!

3
SHARES
perangai ayah

Ayat ‘isteri adalah cerminan suami’ sudah biasa didengari yang melambangkan bagaimana hasil acuan seseorang suami terhadap isterinya. Namun, siapa sangka perangai ayah juga sebenarnya mempengaruhi dan refleksi kepada sikap anak-anak.

Melalui hantaran yang dibuat oleh OT Siti ‘Aisyah Rozalli, tingkah laku seorang ayah akan mempengaruhi sikap anak-anak. Terutamanya, dalam pengurusan emosi seperti marah dan menguruskan tekanan. Maka, tunjuklah sikap baik yang boleh dicontohi di hadapan mereka. Jom ikuti nasihat di bawah.

Baca juga: Ini 8 Tips Bantu Anak Lambat Bercakap, Tak Sabar Dengar Panggil ‘Abah Umi’!

AYAH CERMINAN KEPADA ANAK-ANAK

perangai ayah

Gambar hiasan: Google.

Anak-anak belajar tenang dari ayahnya.

  • Kalau ayah jenis tak senang marah, anak pun jadi tak senang marah.
  • Kalau ayah jenis senang stress, anak pun jadi senang stress.
  • Kalau ayah jenis hormat ibu, anak pun akan hormat ibu.
  • Kalau ayah jenis cakap positif, anak pun akan cakap positif.
  • Kalau ayah jenis cakap negatif, anak pun jenis cakap negatif.
  • Kalau ayah jenis judgemental, anak pun jadi judgmental.

Jadinya…

  1. Kalau nampak anak kita susah urus stress, tengok cara kita urus stress.
  2. Kalau nampak anak kita selalu negative talk, tengok entah-entah kita pun selalu negative talk.
  3. Kalau nampak anak kita asyik marah, tengok cara kita urus marah.
  4. Kalau nampak anak kita susah tenang, tengok kita ni ke yang selalu menghilangkan tenang dalam rumah.

PERANGAI AYAH CERMINAN KEPADA ANAK BUKAN ISTERI SAHAJA

perangai ayah

Gambar hiasan: Google.

Ayah ayah ni, kesannya besar dalam rumahtangga. Bukan sahaja isteri itu refleksi diri ayah. Anak-anak juga refleksi diri ayah.

Anak yang stress selalu, maybe sebab cara kita yang selalu stress. Anak yang tak nak buat apa yang kita suka buat, maybe sebab dia tak suka tengok kesan apa yang kita suka buat tu kepada ketenangan rumah tangga.

Begitulah. Nak jadi ayah ni, bukan susah. Nak jadi ayah yang berjaya pula, bukan senang. Semoga berjaya urus ketenangan di rumah.

Ayah-ayah. Ketenangan rumah tangga amat bergantung kepada ketenangan anda. Be alert. Kadang kita je ingat rumah tangga kita tenang. Tapi, anak-anak rupanya tak tenang dengan kita.

Sumber: FacebookSiti ‘Aisyah Rozalli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×