Asuh

Ayah Kena Latih Anak Lelaki 6 Hal Ini, Barulah Si Kecil Jadi Hero Sejati Bila Besar Nanti

76
SHARES
lelaki sejati

Menjadi seorang lelaki sejati bukanlah perkara yang mudah. Hal ini kerana, personaliti ini perlu dilatih sejak dari kecil dan bukanlah datang secara tiba-tiba. Jadi, inilah tugas seorang ayah yang perlu melatih dan ‘acuankan’ anak lelaki dari kecil supaya membesar menjadi seorang lelaki sejati yang disegani.

Baca juga: Letihnya Bila Anak Kerap Terjaga Waktu Tidur Malam, Rupanya Mungkin Kerana 8 Punca Ini..

AYAH KENA LATIH ANAK LELAKI 6 HAL INI UNTUK JADI LELAKI SEJATI

lelaki sejati

Bila anak lelaki anda ada 6 ciri-ciri ini, pastinya mereka akan dihormati dan anda pun akan rasa bangga bila anak lelaki dipuji ramai!

1.Menghargai wanita

Begitu banyak kes yang membabitkan keganasam terhadap wanita yang berlaku zaman sekarang bukan? Inilah sebabnya penting untuk ayah ajar kanak-kanak untuk memperlakukan wanita dengan hormat dan belas kasihan. Perkara paling mudah untuk anak lelaku tahu sudah tentunya menunjukkannya kasih sayang dalam cara melayan ibu, adik beradik perempuan dan bakal isteri.

2.Bertanggungjawab

Salah satu ciri lelaki sejati dan paling disukai oleh wanita adalah bertanggungjawab. Ajar kanak-kanak tentang nilai tanggungjawab ini sejak kecil. Contohnya dengan bertanggungjawab ke atas barang-barangnya seperti mainan, supaya bila besar nanti, dia boleh bertanggungjawab atas segala pilihan yang dia buat sama ada ketika memilih sekolah, kerjaya mahupun pasangan hidup.

3.Jadi pemimpin

Sudah semestinya menjadi seorang lelaki akan menjadi seorang pemimpin terutama sekali apabola mereka dewasa kelak. Membangunkan semangat kepimpinan dalam diri kanak-kanak boleh dilakukan dengan membina keyakinan diri sejak kecil lagi. Biasakan anak anda untuk berani mengeluarkan pendapat dan membuat keputusan tapi bantuan anda amat diperlukan. Salah satu caranya ialah dengan sering mengajaknya bersosial atau bermain dengan rakan-rakannya.

4.Menunjukkan rasa kasih sayang

Kalau anda perhatikan, lelaki memang susah untuk meluahkan rasa kasih sayang mereka kan? Jadi, si ayah kena mulakan dahulu menunjukkan rasa kasih sayang terhadap anak lelaki itu sendiri. Menurut Melissa Milkie, seorang ahli sosiologi dari Universiti Toronto, Kanada, kanak-kanak yang lebih banyak meluangkan masa bersama ibu bapa mereka akan membesar menjadi anak yang penuh kasih sayang dan sensitif terhadap perasaan orang sekeliling.

5.Menghormati orang tua

Sudah semestinya ibu bapa berperanan untuk mendidik anak-anak supaya menghormati orang tua yang lain. Oleh itu, penting juga apabila ibu bapa sendiri menunjukkan contoh dan teladan untuk anak-anak mempunyai rasa hormat terutama sekali ketika menziarahi rumah orang lain.

6. Jadi pendengar yang baik

Untuk menjadi seorang ‘gentleman’ yang disukai ramai, mempunyai sifat sebagai pendengar yang baik dengan penuh perhatian perlu dilatih sejak kecil. Contohnya, ketika si manja tengah bercerita janganlah anda mencelah cerita yang masih belum lengkap tersebut.

lelaki sejati

*Susah nak cari lelaki sejati zaman sekarang ini…

Baca juga: DIY ‘Baby Balsam’ Versi Sihat Untuk Bayi Yang Kerap Batuk & Selesema, Campur 2 Bahan Je!

Sumber: Ayahbunda.co.id

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×