Didik

Bapa Ini Kongsi Cara Untuk Beri Arahan Kepada Anak Supaya Mereka Lebih Berdisiplin

347
SHARES

Berkomunikasi dengan anak kecil ada caranya tersendiri. Lebih penting, cara ibu atau ayah mendidik anak dengan memberikan arahan kepada anak supaya mereka lebih berdikari. Bapa ini kongsi langkah berkesan tentang bagaimana untuk memberi arahan kepada anak kecil supaya mereka lebih patuh.

Langkah Berkesan Memberi Arahan Pada Anak Kecil.

1 . Dapatkan dahulu perhatian mereka sebelum memberi arahan.

2 . Pastikan tiada gangguan semasa arahan di beri seperti gadget, televisyen, radio dan bunyi bising.

3 . Beri arahan pada nada biasa tanpa perlu menjerit supaya anak tahu membezakan antara nada arahan dan nada kecemasan. Jerit gunanya jika ada kecemasan sahaja.

4 . Tunggu 4-7 saat sebelum ulang lagi sekali arahan. Bagi anak masa proses arahan tu, mereka bukan terus boleh faham.

5 . Buat pengesahan, tanya samaada mereka faham atau tidak. Jika tidak faham cuba kaji balik cara arahan di beri. Mungkin terlalu rumit bagi anak kecil.

6 . Buat ‘rephrase’ arahan tadi. Minta anak terangkan balik apa arahan yang di beri. Tujuannya supaya kita boleh tahu tahap kefahaman mereka.

7 . Buat ‘break down’ arahan yang rumit kepada beberapa bahagian. Contoh adik pergi dapur, lepas tu ambil cawan, bawa ke meja makan.

8 . Buat numbering setiap break down arahan tadi. Tujuannya supaya anak mudah ingat pecahan arahan tadi. Contoh,
1 – adik pergi dapur
2 – adik ambil cawan
3 – adik bawa cawan ke meja makan

9 .Arahan kena spesifik. Contoh tadi pergi dapur, ambil cawan dan bawa cawan ke meja makan. Baru anak tak keliru kalau arahan tu spesifik.

10. Gunakan arahan visual untuk memudahkan anak yang lemah arahan ‘auditory’ seperti tunjukkan cara nak buat dahulu.

Tambahan

11.Jika anak tersalah atau tak pandai ikut arahan jangan marah atau bekeng kerana itu akan beri ‘penanda aras’ yang salah dalam komunikasi. Dalam minda anak akan tertanam ‘ajaran’ jika orang buat salah kena marah.

Lagipun balik kepada niat asal kita memberi arahan pada anak. Niat baik kita mesti untuk mendidik anak berdikari dan bukan untuk memudahkan kerja kita ya!

Wallahu A’lam

Share semoga bermanfaat pada orang lain juga.

Sumber: Mohd Fhais

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×