2-4 Tahun

Apa Perlu Buat Bila Anak Mula Mengamuk? Guna 3 Cara Ini Untuk ‘Handle’ Mereka Dengan Cepat

210
SHARES

Kalau anak-anak dah mula mengamuk, sampai pening kepala ibubapa dibuatnya. Mana tidaknya, tiba-tiba anak meraung di tempat awam, malu dibuatnya. Macam-macam cara telah kita lakukan supaya anak berhenti mengamuk tetapi tak jadi juga. Oleh itu, ibubapa perlu tahu kenapa anak cepat mengamuk dan apa perlu kita sebagai individu buat apabila ada anak-anak orang lain yang mengamuk di tempat awam. Nak tahu apa caranya? Jom kita baca.

www.giphy.com

DUA JENIS ‘AMUKAN’ ANAK

Secara umumnya terdapat dua jenis amukan kanak-kanak yang biasa kita lihat di tempat awam atau pun apabila berkunjung ke majlis-majlis atau rumah rakan dan saudara-mara.

www.drphil.com

1. Amukan kerana tidak mendapat apa yang diingini. Ini adalah ‘tantrum’ yang sering kita alami dan lihat berlaku kepada anak orang lain juga.

2. Amukan kerana anak terlalu terbeban dengan pelbagai stimulasi di persekitaran seperti terlalu ramai orang, terlalu bising, terlalu berwarna-warni ataupun suhu tempat yang tidak sesuai. Ini dikenali sebagai ‘sensory meltdown’ yang berlaku apabila sensori atau deria anak terlalu terbeban dengan stimulasi berlebihan.

Pernahkah anda berhadapan dengan situasi di mana anda melihat anak orang lain mengamuk di depan mata anda. Apa yang anda lakukan? Adakah anda hanya berlalu seolah-olah tidak nampak? Adakah anda memberi nasihat? Adakah anda membantu? Adakah anda senyum? Atau adakah anda bersyukur itu bukannya anak anda yang mengamuk?

http://metro.co.uk/

APABILA ANAK ORANG LAIN MENGAMUK.

1) Tidak perlulah memberi nasihat kepada ayah atau ibu anak tersebut jika anda tidak tahupun sebab anak itu mengamuk. Jangan membuat andaian. Jika anak kita sering mengamuk kerana inginkan sesuatu, anak orang lain mungkin mengamuk kerana stimulasi yang berlebihan.

evangelicalorphan.wordpress.com

Memberi nasihat seperti “Jangan beri muka sangat pada anak tu!” mungkin tidak berkaitan langsung dengan sebab amukan anak tersebut. Nasihat seperti “Anak ini mengantuk ni. Tidurkanlah dia.” adalah sama sekali tidak releven kiranya anak tersebut cukup tidurnya tetapi amukannya disebabkan oleh lapar.
Andaian anda mungkin tidak betul.

BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU?

1) Berilah nasihat hanya apabila diperlukan.

http://www.huffingtonpost.com/

Jangan menambahkan tekanan yang sedia ada dengan nasihat berbau kritikan, sindiran atau ‘holier-than-thou’.
Amukan anak bukanlah disebabkan kegagalan ‘parenting’ semata-mata, ia berlaku kerana anak belum atau tidak pendai meluahkan kekecewaan dengan cara yang betul.

2) Tidak perlulah merenung (stare) anak beranak tersebut sehingga mewujudkan perasaan tidak selesa mereka.

giphy.com

Cukuplah sekadar memandang sekali lalu. Jika bertentang mata secara tidak sengaja, senyumlah kepada ayah atau ibu yang sedang berhempas pulas itu dengan senyuman memahami bukannya dengan senyuman sinis atau senyuman lega “Alhamdulillah itu bukan anak saya!”

Tidak perlu juga memandang dengan pandangan “Oh comelnya anak itu mengamuk” kerana Tuhan saja yang tahu comel atau tidak situasi sebegini kepada kedua ayah dan ibu anak tersebut.

BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU?

3) Hulurkan bantuan

http://www.istockphoto.com/

Jika ayah atau ibu tersebut memerlukan bantuan bersifat fizikal contohnya kerana air tertumpah, atau barang terlalu banyak untuk dibawa atau perlu bantuan menolak stroller atau perlu bantuan membuka pintu dan sebagainya, hulurkanlah bantuan tersebut. Atau mungkin ketika di rumah rakan atau saudara-mara ayah atau ibu tersebut memerlukan seseorang untuk tengok-tengokkan anak yang tidak mengamuk sementara menguruskan anak yang mengamuk, anda mungkin boleh membantu.

http://www.psiconlinews.com/

* Oleh itu, selepas ini ibubapa haruslah sama-sama membantu menjaga anak ya.

Perkongsian ini adalah hasil penulisan dari Puan Noor Afidah Abu Bakar, Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK) di laman Facebooknya, Parent Connect.

Sumber: Parent Connect

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×