Asuh

Jangan Selalu ‘Suap’ Anak Dengan Gajet, Ini 6 Situasi Dimana Mereka Tak Pernah Bosan Bermain Sendiri!

241
SHARES

Bila tak mahu anak sepahkan rumah saja, ‘suap’ anak dengan gajet. Apabila perkara sebegini sudah dipraktikkan dalam kehidupan seharian anak-anak, mereka pun akan terbiasalah dan leka dengan gajet. Sampai nak tidur pun masih beri gajet kepada anak-anak. Macam mana tu? Sebenarnya, anak-anak kecil ini tak akan pernah bosan pun dengan aktiviti mereka walaupun tidak diberikan gajet. Betul ke ni? Haa, apa kata anda baca penerangan di bawah ini.

giphy.com

TAKUT ANAK BOSAN

Masa makan bagi gadget, takut anak bosan.
Masa menunggu ayah balik rumah, buka tv takut anak bosan.
Masa memasak bagi gadget, takut anak bosan sorang-sorang.
Masa nak pergi tandas bagi gadget, takut anak kacau dalam tandas.
Masa tak tahu nak buat apa sebab tak ada aktiviti, buka tv takut anak bosan.

http://www.huffingtonpost.com/

Kenapa takut? Tak perlu takut pun anak bosan sebab perasaan bosan itu bagus. Bila bosan, komponen imaginasi dan kreativiti yang penting untuk perkembangan otak akan berkembang pesat dan laju umpama LRT. Jangan terkejut kalau saya kata otak anak bawah 3 tahun sangat-sangat laju, mereka sangat sibuk sebab dalam 1 masa dalam kepala ada 10 checklist yang perlu diselesainya. Mereka tak sempat bosan pun melainkan bila dah betul-betul penat. Kalau tak percaya cuba perhatikan tanda-tanda di bawah.

TANDA-TANDA ANAK TAK RASA BOSAN

1. Bila pegang 1 barang, nampak barang lain terus campak barang yang dipegang sebab tak sempat nak fikir letak barang baik-baik dibawah.

http://www.disney.com/

2. Bila dah excited nak pergi ke sesuatu tempat, tiba-tiba nampak mainan di lantai terus kutip lepas itu terlupa nak pergi tempat yang sepatutnya.

3. Pantang nampak benda tersusun, rasa rimas dan geram nak sepahkan. Selagi semua barang tersembunyi dan tak berada di depan mata selagi itu anak “stress”.

4. Selagi tak betul-betul sepah satu rumah selagi itu rasa tak puas. Sebab kepala anak “serabut” fikir ada apa di sebalik almari atau kabinet.

5. Kalau pergi shopping mall rasa macam baru keluar penjara bebas sebebas-bebasnya, nak lari sana sini tak tentu arah sebab terlalu banyak tempat nak disepahkan dan buat “inspection”.

http://www.minnemamaadventures.com/

6. Bila di kedai baju, semua baju nak sentuh macam makcik bedah. Bila dapat sentuh, rasa macam baru menang kereta.
Situasi anak ini sama sahaja macam orang dewasa, itu yang kadang-kadang bila terlalu sibuk makan pun terlupa. Betul tak?

Jadi, masa fasa ini mereka tak ada istilah BOSAN. Kita tak perlu arah buat apa-apa atau sediakan aktiviti pun mereka dah tahu apa yang nak dibuat melainkan memang tak ada benda nak dikejar atau memang dah biasa disuap dengan gadget setiap kali waktu lapang. Kesannya, anak dah mindset. Perasaan bosan —> Gadget/tv —> Tenang. Setiap kali kita happy, ada beberapa hormon yang dikeluarkan tapi yang paling popular adalah hormon dopamine, endorphins, oxytoxin dan serotonin. Bila kita selalu bagi gadget sebagai “ubat penenang” untuk anak, anak akan terkeliru dan belajar hanya gadget sahaja yang akan menenangkan mereka.

http://autodo.info/

Mak ayah perlu semat dalam kepala

Bermain adalah fitrah mereka. Bermain bukanlah suatu tanda masalah tingkah laku. Sebab bermain adalah PEKERJAAN mereka. Anak memang perlu bersepah untuk belajar sesuatu. Rumah bersepah itu normal untuk sesiapa yang ada anak bawah 3 tahun. Tadika atau taska yang bersepah itu normal, tadika atau taska yang kemas itu tak normal ya. Macam mana komponen imaginasi dan kreativiti nak develop dengan baik jika mereka tak sempat untuk bosan.

autodo.info

Bila sel sel otak baru nak berhubung, mak ayah dah sumbat penglihatan dan pendengaran anak dengan gadget atau tv. Bila otak baru nak meliar fikir benda yang nak dibuat dan direka, ataupun baru nak berangan jadi Ultraman mak ayah dah bagi mainan yang mereka perlu main sebab tak nak mereka bising main lawan sorang-sorang. Macam mana mereka nak menggabungkan rangsangan persekitaran dengan baik kalau dah terbiasa “disuap”.

Contohnya:

1. Anak baru nak ambil mangkuk dan sudu konon-konon meniru mak ayah masak di dapur tak jadi bila dah disuap dengan gadget awal-awal.

2. Anak baru nak ambil selimut konon-konon main pondok-pondok bawah selimut dah tak jadi bila mak ayah terus alihkan perhatian dengan tv.

http://www.scarymommy.com/

3. Anak baru nak panjat tangga sebab nak belajar dan kenal tinggi rendah, mak ayah dah angkat sambil alihkan perhatian mereka.

4. Anak baru nak cuba pakai pampers di kepala konon-konon pakai topi dah kena marah.

5. Anak baru nak buat bangunan guna cawan dah kena marah.

Di taska atau tadika juga sama. Pada pendapat saya, untuk anak bawah umur 3 tahun mereka PERLU ada free time dimana mereka boleh main sepuas-puasnya tanpa ada “structured play” untuk perkembangan otak yang sihat. Kalau ada “structured play” pun sekadar 30 minit – 1 jam sahaja sehari untuk tujuan skil sosial. Kalau anak terbiasa disuap, disuap dan disuap. Nampak macam baik dan bagus bila mendengar arahan atau mendengar kata. Tapi yang tak bagus bila yang salah pun di ikut tanpa fikir implikasi, orang kata A ikut, orang kata B pun ikut macam lalang tak ada fikir panjang ataupun membuat kajian tentang sesuatu benda. Itu yang banyak kes viral benda tak betul, sebab dah terbiasa “dengar-dengar”.

ww2.kqed.org

LETAKKAN DIRI KITA SEPERTI ANAK

Kalau nak jadi mak ayah yang baik, kita kena letakkan diri kita seperti anak. Baru kita faham betapa “struggle”nya anak dalam proses perkembangan diri. Macam proses nak berjalan, bangun jatuh, bangun jatuh, jatuh terhantuk meja pun anak tetap tak putus asa. Cuba lagi- dan cuba. Sama juga dengan perkembangan yang lain, tak perlu terlalu alihkan perhatian mereka selagi apa yang dilakukan tak memudaratkan. Tips saya:

http://www.huffingtonpost.com/

1. Anak berlakon jadi Ultraman, mak ayah juga perlu berlakon juga.
2. Anak buat tower guna cawan, mak ayah join sekali buat.
3. Anak pegang botol jadi mike, mak ayah join sekali menyanyi.
4. Anak main masak-masak guna bekas plastik di dapur, mak ayah join masak sekali.

http://kimwoolard.com/

Anak cakap sorang-sorang atau berlakon bukan sebab gila ya. Tapi ini dipanggil “Imaginary play”, salah satu tahap perkembangan bermain anak jadi tak perlu risau. InsyaAllah kalau ada masa, saya cuba kongsi tahap perkembangan bermain pula sebab nanti jadi panjang sangat.Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih pada semua follower saya yang banyak menyokong penulisan santai saya tentang isu parenting dari perspektif occupational therapy carakerja. Saya izinkan untuk share, like dan tag pasangan. Semoga semua anak-anak kita membesar dengan baik. Amin. Sekian, terima kasih, semoga bermanfaat.

Perkongsian ini adalah hasil penulisan dari Maryam Jamadi, Occupational Therapist di laman Facebooknya.

Sumber: Maryam Jamadi 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×