Asuh

Tiba-Tiba Si Kecil Pandai Merajuk & Melawan, Ini 12 Fakta Tentang Anak Usia 1-3 Tahun

2
SHARES
anak suka melawan

“Kenapalah anak suka melawan sangat ni? Penat sepanjang masa nak kena tengking!”

Perasan atau tidak, apabila anak memasuki usia dalam lingkungan 1 hingga 3 tahun, karakter mereka menjadi terlebih nakal berbanding biasa. Kenapa? Ini merupakan fasa anak-anak sudah mempunyai keupayaan untuk bercakap, berjalan dan sudah pandai bermain.

Jadi, terdapat 12 fakta yang mak ayah kena ambil tahu mengenai anak-anak yang masuk ke fasa umur 1 hingga 3 tahun ini. Jangan terkejut kalau tiba-tiba anak jadi suka melawan dari biasa!

Baca juga: Memang Susah Nak ‘Detect’ Autisme Dekat Anak Perempuan, Perhatikan 5 Tanda Ini..

ANAK SUKA MELAWAN DAN DEGIL? INI FAKTA TENTANG ANAK USIA 1-3 TAHUN

anak suka melawan

1. Dia memang agak degil, apa sahaja yang kita kata tak semua dia akan ikut dan dengar.

2. Ini kerana mereka masih lagi dalam fasa egocentrik, hanya fikir tentang diri sendiri sahaja.

3. Sekali dia cakap nak sesuatu tu, dia nak juga. Cakap la macam mana pun, susah nak pujuk dia.

4. Tapi mereka ni senang sangat dialih perhatian. Time dia merajuk tu kita tunjuk je awan, burung atau apa sahaja yang menarik hati dia mesti ralit punya.

5. Anak kecil ini pun agak kuat emosi dia. Maklum lah baru dapat otak emosi, semua benda dia ikut emosi.

6. Tak suka sesuatu dia menjerit. Nak sesuatu dia menjerit. Boleh kata, apa sahaja yang jentik emosi dia, dia menjerit.

7. Mereka tak berapa pandai nak terjemah perasaan hati dia lagi, jadi jalan mudah menjerit la.

8. Tapi awas, kita tak boleh balas jeritan anak dengan menjerit juga kerana itu boleh jadi pengaruh buruk pada anak.

9. Sampai ke besar nanti anak lemah kawal emosinya, dah besar pun nak sesuatu dia menjerit. Payah gitu!

10. Lagi satu, emosi anak kecil ini sangat rapuh. Mudah trauma. Sekali dah trauma anak boleh terbantut tumbesaran dia.

11. Akhir sekali, anak kita perlukan banyak pujian dan perhatian untuk membesar jadi seorang yang fast learner.

12. Kalau banyak jeritan dan tengkingan naya pada mereka, sebab akan jadi seorang yang slow learner.

anak suka melawan

Tiga tahun pertama ini merupakan fasa fundamental pembentukan sel-sel penting otak anak kita. Kena banyak belai dan banyak sikap lebih kurang. Salah salah kecil yang anak buat itu abaikan sahaja kerana dia sedang nak membesar tu..

Baca juga: Sindrom Terlupa Anak Dalam Kereta Boleh Berlaku Tanpa Dijangka, Elak Letak Di ‘Blindspot’ Ini

Sumber: Mohd Fhais Salim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×