Asuh

Bila Anak Guna Tangisan Sebagai ‘Senjata’, Ini 7 Perkara Kita Kena Buat

2.4K
SHARES

“Asal tak dapat apa yang dia anak, mulalah nak menangis. Macam tahu-tahu saja ‘kelemahan’ kita. Kalau di rumah, bolehlah lagi nak pujuk. Tapi kalau depan orang ramai dan di tempat awam, apa yang boleh kita buat? Takkan nak biar saja?”

Mungkin ada yang merasakan anak macam tahu-tahu saja ‘kelemahan’ kita. Kadang-kadang mungkin anda perasan ada pula tangisan yang seakan dibuat-buat untuk menagih simpati (dan sebab nak makan coklat banyak-banyak). Namun sebenarnya, percayalah bahawa ia sebenarnya merupakan respon mereka terhadap kebiasaan kita dalam mengawal keadaan tersebut.

Jika selama ini anda tidak perasan apa yang anda lakukan, cuba kaji semula. Mungkin tabiat kita sendiri menjadikan anak kerap menangis untuk mendapatkan kemahuan mereka serta-merta.

7 Perkara Perlu Buat Bila Anak Gunakan Tangisan Sebagai Senjata

Ibu dan ayah boleh semak dan lakukan 7 perkara ini apabila anak kerap menangis agar dipenuhi kemahuannya.

1. Kawal Emosi Anda

Pertama sekali, jangan sesekali cemas atau gelabah apabila anak mula menangis. Ini kerana, sebaik saja emosi kita mula goyah, akan muncullah ruang-ruang untuk kita hilang kawalan terhadap sesebuah situasi.

Kalau dah hilang kawalan, mungkin anda akan meninggi suara, naik angin, bergaduh dengan anak, atau menyebabkan mereka lebih meraung sehingga terpaksa mengalah terhadap kemahuan anak.

cara atasi anak menangis

Foto Kredit: fun-edu.ru

2. Dapatkan ‘Eye Contact’

Elakkan bercakap dari jauh dan meninggi suara apabila anak mula menangis. Sebaliknya, datang dekat dengan mereka dan pandang mata mereka secara ‘eye level’. Melalui cara ini, anak dapat memberi fokus sepenuhnya terhadap apa yang anda katakan terhadap mereka.

Apabila mata saling bertentang, cuba bercakap dengan tenang tanpa menunjukkan riak emosi negatif. Anda tentu akan merasakan perbezaannya berbanding memarahi mereka. Jika kita tidak mengawal reaksi negatif ini, mungkin saja emosi mereka telah bercampur-baur dengan perasaan bersalah, sedih, terkejut, takut, geram  dan malu hingga menangis dengan lebih teruk.

menjerit pada anak

Foto Kredit: kaev.net

3. Ajarkan Menggunakan Perkataan Yang Betul

Menurut pakar psikologi kanak-kanak, anak kecil yang masih belum berkebolehan untuk bertutur dengan baik cenderung untuk menggunakan tangisan sebagai senjata. Namun, ia juga boleh berlaku kepada anak yang lebih besar kerana mereka merasakan tidak mendapat perhatian secukupnya apabila tidak menangis.

Oleh itu, ajarkan mereka bahawa anda tidak dapat meneka apa yang dimahukan melalui tangisan. Beritahu mereka ayat yang patut diucapkan seperti, “Mama, saya tak suka makan sayur,” atau “Papa, saya tak dapat ambil bola itu.”

Cuba ajar anak berkomunikasi dengan berkesan dan beri respon untuk meningkatkan kefahamannya. Sungguhpun apa yang dipinta tidak semestinya kita penuhi, ia membantu mereka faham bahawa kita mendengar dan mengambil perhatian terhadap permintaan tersebut jika ia diucapkan dengan baik.

Foto Kredit: zwierciadlo.pl

Foto Kredit: zwierciadlo.pl

4. Konsisten Dan Tegas

Apabila kita hilang kawalan, kta terlupa bahawa sebenarnya kita boleh mengatakan “Jangan” atau “Tak boleh” tanpa menunjukkan sebarang emosi marah atau bengis. Namun, kita perlu konsisten, sabar dan tegas kerana anak kecil perlu kerap diingatkan. Cuba untuk tidak mengalah selagi mereka belum dapat menuturkan ayat tersebut dengan betul tanpa menangis.

Dalam masa yang sama, cuba beritahu anak dengan jelas mengapa sesuatu perbuatan atau perkara tidak boleh dilakukan atau tawarkan beberapa pilihan lain kepada anak. Beritahu juga bahawa anda mendisiplinkan anak kerana anda begitu sayangkan mereka dan ingin mereka menjadi anak yang baik.

anak kerap menangis

Foto Kredit: babyradio.gr

5. Cari Tempat Yang Sesuai

Apabila anak mula buat perangai di hadapan orang ramai, penting untuk kita mengalihkan anak daripada situasi tersebut. Jika dibiarkan, ia bukan saja boleh menyebabkan anak lebih emosi, tetapi ibu bapa juga akan berasa tertekan akibat dilihat orang sekeliling.

Elakkan memarahi anak hanya kerana anda berasa ‘teruk’ di hadapan umum. Sebaliknya, cuba fahami emosi anak dan tegurlah kesilapannya secara privasi. Apabila anak dimalukan, mereka cenderung untuk berkelakuan negatif sebagai tanda protes terhadap ibu bapa.

Foto Kredit: undepress.net

Foto Kredit: undepress.net

6. Berikan Pelukan

Pelukan biasanya akan menjadi pengubat kepada tantrum atau apa saja ‘senjata’ anak. Ketika anak sedang marah, sedih, stres, atau penat – pelukan yang ditawarkan mungkin saja akan memberi kelegaan yang berkali ganda lebih hebat berbanding perkataan.

Virginia Satir, seorang ahli terapi kekeluargaan menjelaskan, “Kita sebenarnya memerlukan 4 pelukan setiap hari untuk bertahan, 8 pelukan untuk berasa bahagia, dan 12 pelukan sehari untuk berkembang.” Oleh itu, jangan kedekut dengan pelukan kerana anak anda benar-benar memerlukannya!

anak kerap menangis

Foto kredit: todobebe.com

7. Praktis Berulang Kali

Sungguhpun anda telah cuba membuat perubahan, anda perlu tahu bahawa perangai anak kecil bukanlah boleh berubah dalam semalaman.

Menurut kajian, sesuatu yang dinasihatkan kepada anak hanya akan dapat dipraktikkan dengan baik melalui beberapa kali proses mengulang secara verbal, melakukannya secara praktik, dan konsisten. Jangan hari ini kita kata tak boleh, tapi esok boleh. Ia akan buat anak anda semakin keliru.

tailoredfitness12.wordpress.com

tailoredfitness12.wordpress.com

Anak Kerap Menangis Bukan Untuk Buat Kita Rasa Bersalah

Pada kebanyakan masa, anak kerap menangis kerana mereka belum mempelajari cara lain untuk mendapatkan perhatian daripada ibu bapa. Oleh itu, latih anak dengan cara berkomunikasi berkesan untuk mereka menyampaikan keinginan dan mengekspresikan perasaan mereka.

Di samping itu, jangan lupa menawarkan pelukan dan senyuman sebanyak-banyaknya setiap masa!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×