Didik

Buat Anda Yang Kurang Keyakinan Diri, Baca 10 Pesanan Ini Dari Dato’ Dr Fadzilah Kamsah

3
SHARES

Terdapat pelbagai faktor menyebabkan seseorang itu tidak yakin akan kemampuan dirinya. Namun, ketahuilah Allah SWT jadikan setiap individu ini unik, penuh kekuatan dan potensi yang bermanfaat untuk dunia sebagaimana nasihat yang dicoretkan oleh Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah.

Maka, jangan pernah rasa diri anda kecil atau kerdil sehingga berpotensi menjadi mangsa buli untuk kepentingan mereka. Ayuh bangkit!

Baca juga: Lakukan 6 Jenis Rehat Ini Untuk Elak ‘Burnout’- Dato’ Dr Fadzilah Kamsah

JANGAN PERNAH KECILKAN POTENSI DIRI ANDA!

Gambar hiasan: Google.

Mulai hari ini, jangan pernah merendahkan diri sampai menghukum diri. Allah jadikan kita ini unik, penuh kekuatan dan potensi yang bermanfaat untuk dunia.

Jangan pernah kecilkan potensi diri dan jangan biarkan orang sekeliling membuli kita untuk kepentingan mereka. Bangkit! Jadi orang berbeza hari ini ya anak-anak! Kita berjuang!

10 PESANAN DARI TOK ABAH BUAT INDIVIDU YANG KURANG KEYAKINAN DIRI

Jika selama ini kalian kurang keyakinan diri, sila baca ini:

Gambar hiasan: Google.

1. Keyakinan bukannya ‘mereka akan suka aku’ tetapi keyakinan sebenar adalah, ‘sungguhpun mereka tak suka aku, aku tetap okay sahaja.’

2. Jika kamu mengenali dirimu sendiri, tahu potensi sebenar dan kemana kamu nak tuju, kamu tak perlukan orang lain untuk menentukan sama ada yang kamu buat ni betul atau tak.

3. Keyakinan ni bukan benda yang kamu perolehi, tetapi sesuautu yang perlu kamu usahakan untuk dapat.

4. Bersabarlah. Percaya dengan diri sendiri dan ada Allah SWT yang mempermudahkan segala urusan. Teruskan berusaha dan jangan terpengaruh dengan orang sekeliling.

5. Jangan biarkan hubungan toksik lama menentukan peribadi kamu hari ini.

6. Kamu akan rasa bebas, apabila kamu tidak lagi terbelenggu dengan apa yang orang fikir tentang kamu.

Gambar hiasan: GettyImages.

7. Macam mana nak berhenti daripada rasa bahawa orang asyik fikir dan perhati tentang apa yang kita buat?

Nak, sebenarnya. Mereka tak peduli pun tentang kamu. Jangan fikir mereka dan fikir dahulu tentang kamu sendiri.

8. Tiada yang akan membunuh kamu melainkan pemikiran buruk yang menjadi ‘biawak’ dalam minda kamu. Pilihlah untuk kekal positif dan sihat.

9. Raikan kejayaan setiap hari. Sama ada kecil atau besar. Raikan.

10. Katakan ini dihadapan kamu sendiri dengan lantang (sambil berdiri ya):

  • Saya tenang!
  • Saya kuat!
  • Saya berdisiplin!
  • Saya yakin saya boleh!
  • Saya hebat!
  • Saya unik!
  • Saya boleh buat semua perkara hebat!

Sumber: Facebook Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×