Famili

Susah Berbaik Dengan Ibu Mertua? Ini 9 Ciri Menantu Perempuan Toksik, Mungkin Anda Orangnya!

3
SHARES
menantu perempuan toksik

Tak semua hubungan ibu mertua dan menantu indah-indah belaka. Kebanyakannya kita dengar ibu mertua yang bermasalah kan? Sebenarnya hubungan keruh antara kedua pihak ini boleh jadi juga berpunca daripada menantu perempuan toksik.

Mungkin sebelum berkahwin, mereka adalah menantu pilihan. Tapi selepas berkahwin, menantu perempuan mula menunjukkan ‘belang’ mereka. Usah salahkan diri jika tidak boleh rapat dengan isteri anak anda seperti keluarga lain, mungkin mereka sebenarnya toksik. Jadi, jom cari tahu ciri-ciri menantu perempuan toksik, mungkin ada dalam keluarga anda!

Baca juga: Tak Boleh Terima Kegagalan Anak Adalah Ciri Ibu Bapa Toksik? Kenali Banyak Lagi Ciri-Ciri Lain!

9 CIRI MENANTU PEREMPUAN TOKSIK DALAM KELUARGA!

1. Menantu perempuan mendominasi ibu mertua

Menantu perempuan mungkin mengikut ‘langkah’ ibu mertuanya hanya untuk menarik hati anda supaya mudah jatuh cinta terhadapnya. Dia berkemungkinan menolong anda melakukan kerja rumah, belajar agama lebih mendalam malah cuba untuk ‘master’ cara menguruskan rumah tangga.

Tapi, awas! Sebaik sahaja anda terpedaya dengannya, menantu perempuan akan cuba untuk memanipulasi anda dengan cara selembut yang mungkin. Apa yang boleh ibu mertua buat adalah terus perhatikan kelakuan menantu perempuan anda supaya dapat mengenali perangai sebenar mereka. Berbuat baik jika mereka melakukan perkara sama, tetapi jika menantu perempuan cuba mendominasikan anda, bertegaslah dengannya!

2. Menantu perempuan menyalahkan ibu mertua untuk segala-galanya

menantu perempuan toksik

Untuk pengetahuan, menantu perempuan toksik hanya ingin menunjukkan kesalahan anda di depan semua ahli keluarga. Contohnya, dia akan menyalahkan anda kerana terlalu memanjakan anaknya, menuduh ibu mertuanya tidak mengajar cucu berkelakuan baik dan banyak lagi. Menantu perempuan toksik hanya ingin menjatuhkan anda dengan pelbagai cara.

Oleh itu, jangan sesekali biarkan pembohongan yang disampaikan oleh menantu memberi impak kepada anda. Anda kenal siapa diri sendiri lebih dari orang lain, malah orang luar! Malah, ahli keluarga yang lain juga telah lama mengenali ibu mereka, jadi tak mungkin sesenang itu untuk anak-anak yang lain mempercayakan menantu perempuan anda.

3. Menantu perempuan tak boleh dijangka perangainya

menantu perempuan toksik

Sebenarnya perangai sukar dijangka bukanlah kelakuan yang buruk. Namun, susah untuk mengendalikan perangai ini lebih lebih lagi jika mereka ada ‘mood swing’ sendiri yang boleh menjejaskan mental anda. Contohnya, mereka hanya berkelakuan baik dengan anda pada hari ini, tapi keesokannya pula bersikap biadab.

Justeru itu, ibu mertua jangan takut dengan perangai menantu perempuan toksik ini, sebaliknya cuba berbincang dengan suaminya untuk mencari jalan penyelesaian. Kadangkala, masa adalah apa yang mereka perlukan untuk berubah sikap diri.

4. Menantu perempuan kaki ‘control’

Jika menantu perempuan selalu inginkan ibu mertua mengikutnya, mungkin ini kerana mereka mahu menandingi dan menyusahkan anda dalam pelbagai aspek! Ada kemungkinan mereka ingin menarik perhatian seluruh ahli keluarga lain dengan menjatuhkan martabat anda sebagai ibu.

Jika perkara ini berlaku, anda perlu duduk berbincang dengan menantu perempuan mengenai apa yang terbuku dalam hati. Namun, jika dia tidak memahami apa yang diluahkan, mula untuk bercakap ‘tidak’ kepada setiap perkara yang anda tidak suka.

5. Menantu perempuan pentingkan diri sendiri

Menantu perempuan toksik akan memikirkan dirinya sahaja. Menantu perempuan tidak kisah tentang pendapat anda kerana apa yang dinginkannya adalah persetujuan daripada semua orang walaupun terpaksa. Paling licik, mereka hanya akan berkelakuan baik apabila inginkan sesuatu dan kembali kepada perangai lama setelah mendapatkannya.

Dalam situasi ini, kuncinya adalah komunikasi antara ibu mertua dan menantu perempuan. Cuba adakan sesi ‘slow talk’ bersama menantu perempuan mengenai perangai mereka yang tidak disenangi oleh ahli keluarga lain.

6. Menantu perempuan tidak hormat ibu mertua

Tahukah anda, sebaik mana pun anda sebagai ibu mertua, menantu perempuan masih tidak akan menganggap apa-apa kerana tidak menyukai ibu mertuanya. Oleh itu, golongan menantu perempuan seperti ini akan kerap melawan kata-kata, tidak menghormati  malah bersikap biadab bersama ibu mertua mereka.

Jika anda berhadapan dengan menantu perempuan toksik ini, jangan pernah memujuk atau merayu hanya untuk mendapatkan hormat daripada mereka. Jadi diri sendiri dan buat apa yang anda mahukan.

7. Menantu perempuan mengutuk belakang ibu mertua

menantu perempuan toksik

Walaupun semesra mana layanan anda terhadap menantu perempuan jenis ini, jika mereka mahu, mereka akan bercakap di belakang anda bersama ahli keluarga yang lain. Segala kebaikan anda yang menolong mereka menyesuaikan diri dalam keluarga menjadi sia-sia kerana pada akhirnya, menantu perempuan sendiri yang akan berkata buruk mengenai ibu mertuanya.

Cara mudah untuk hadapi menantu perempuan jenis ini adalah dengan membiarkan mereka berkelakuan sebegitu. Ini kerana lama-kelamaan kebenaran pasti terungkai. Sudah pasti ahli keluarga yang lain akan mula menyedari ‘belang’ sebenar menantu perempuan anda!

8. Menantu perempuan licik

Apabila gagal untul ‘control’ ibu mertuanya, menantu perempuan toksik mula bermain permainan emosi bersama suaminya untuk mengawal mereka. Mungkin dia akan menangis di hadapan suaminya mengatakan bahawa anda tidak berkelakuan adil terhadapnya. Dalam situasi ini, merekalah insan yang mempunyai paling banyak idea untuk memerangkap ibu mertua di hadapan anak anda.

Cara untuk berdepan dengan menantu perempuan seperti ini adalah dengan bercakap dan memberikan masa untuk menantu perempuan anda berfikir tentang kelakuan buruknya. Penting untuk anda dan suaminya menjarakkan sedikit diri daripada menantu perempuan itu supaya kondisi mental terjaga.

9. Menantu perempuan mengadu kepada suaminya soal perkara remeh

menantu perempuan toksik

Tahukah anda jika anda tidak tertipu dengan ‘trick’ menantu perempuan, tidak terjejas apabila menerima provokasi, dia akan mula melibatkan suaminya dalam hal anda berdua. Menantu perempuan anda akan mula memanipulasi suaminya hanya untuk menarik perhatian dan memastikan ibu mertuanya jauh daripada anak lelakinya. Kelakuan ini sama sekali tidak boleh diterima.

Apa yang boleh anda lakukan adalah sama seperti sebelum ini iaitu biarkan menantu perempuan anda berkelakuan sedemikian kerana masa akan membuktikan kepada anak lelaki anda tentang kebenaran yang sebenarnya.

Kepada ibu mertua yang mempunyai menantu perempuan seperti di atas, usahlah berasa sedih kerana lambat-laun, pasti kebenaran akan terbongkar. Ibu mertua perlu kekal menjadi tegas supaya menantu perempuan toksik ini tidak mudah memijak kepala anda. Jika ada masalah, berbincanglah dengan cara baik untuk mengelakkan persengketaan antara ahli keluarga.

Sumber: Mom Junction

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×