Famili

3 Jenis Karakter Mak Mentua Yang ‘Susah’ & Tips Untuk Tawan Hatinya

4
SHARES
cara menangani ibu mertua yang susah

Pernah dengar tak nasihat di mana kalau dah kahwin nanti, kita bukan sahaja akan berkahwin dengan pasangan kita. Malah, kita juga akan berkahwin dengan keluarga pasangan kita. Perumpamaan ini bermaksud layanan yang kita buat terhadap keluarga mentua sama seperti melayan keluarga sendiri.

Bila bercerita bab ini, kaum wanita yang bergelar isteri sering menghadapi masalah dengan ibu mentua. Masalah dengan ibu mentua boleh dikatakan serius kerana ia mampu meretakkan rumah tangga anda. Seorang ahli terapi perkahwinan menerusi laman TikToknya @bondaumairahtaib telah berkongsi jenis-jenis ibu mertua.

Baca juga: Peranan Mertua Kena Nasihat Anak Sendiri Dulu, Baru Tenteram Hidup Menantu!

3 JENIS KARAKTER MAK MERTUA YANG SUSAH

1. Ibu mertua yang suka bersaing dan cemburu

Jika anda dalam situasi ini, si isteri boleh berbincang dengan suami supaya apa-apa sahaja yang anda beli dan di mana sahaja kalian pergi, ajaklah sekali ibu mentua. Hal ini boleh membuatkan si ibu tidak merasa ada pesaing.

2. Ibu mertua yang suka campur tangan

Kalau anda selalu ada dalam situasi di mana ibu mentua suka masuk campur tangan hal rumah tangga anda, berbincanglah dengan supaya menasihati ibunya. Suami kena memainkan peranan supaya ibu tidak kecil hati.

3. Ibu mertua rasa “bukan menantu pilihan”

Jika si isteri merasakan bahawa dia bukan menantu pilihan, tidak mengapa. Jalankan tugas anda sebagai isteri dengan baik supaya ibu mentua dapat tengok sendiri antara kaca dan permata.

Kepada yang belum berkahwin, janganlah jemu untuk berdoa supaya dikurniakan ibu mentua yang baik. Tambahan itu, jangan juga lupa untuk mendoakan diri kita supaya dikurniakan hati yang lapang dan tenang. Diharapkan perkongsian @bondaumairahtaib di TikTok ini serba sedikit dapat membantu anda.

Video penuh:

@bondaumirahtaib

Rezeki mak mertua berbeza utk setiap org, nah tips harmoni #perkahwinan #bondaumirahtaib #rejuvenatemarriage #fyp

♬ original sound – Umirah Taib – Umirah Taib

Sumber: TikTok @bondaumairahtaib

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×