Famili

“Kawanku Menantuku…” 2 Rakan Sekerja Bakal Bertukar Status, Tak Sangka Dari Gurauan Jadi Kenyataan!

24
SHARES
rakan sekerja

Benar, jodoh itu rahsia Allah SWT dan ia datang melalui pelbagai cara. Dan tiada siapa menyangkakan, dari menjadi rakan sekerja kini status dua individu ini bakal berubah menjadi menantu dan mentua.

Kisah menarik ini, secara tidak langsung telah menarik perhatian warga maya di media sosial yang mana telah meraih hampir 200,000 tontonan dan lebih 10.5 ribu tanda suka.

Baca juga: “Dah Masuk 3 Tahun Tak Bayar…” Lelaki Ini Pesan Jangan Bagi Pinjam Duit Kalau Tak Nak Hilang Kawan

RAKAN SEKERJA BERUBAH STATUS MENANTU & MENTUA

rakan sekerja

Melalui perkongsian TikTok @beiydaazahar , dapat dilihat dia memuat naik gambar dirinya bersama rakan sekerjanya sewaktu bekerja di  sebuah restoran makanan segera.

Di mana, kapsyen hantarannya itu telah mencuri perhatian ramai dek kerana dia memaklumkan bahawa rakan sekerjanya itu bakal menjadi menantunya tidak lama lagi.

“Kawanku…bakal menantu. Jodoh itu rahsia Allah. One step closer,” tulisnya.

Malah difahamkan juga, mereka berdua sudah tidak lagi bekerja di restoran makanan segera berkenaan.

Baca juga: Ramai Terkesima, Butang ‘Emergency’ Petrol Pam Boleh Lapor Plat Kereta Asing Guna Minyak RON95!

Baca juga: [VIDEO] Terpaksa Batal Kahwin ‘Last Minute’, Syarikat Katering Pulang Semua Wang Termasuk Deposit Raih Pujian!

Warga maya turut tumpang gembira!

Menjengah di ruangan komen, kebanyakan warga maya menitipkan ucapan tahniah berserta ayat-ayat gurauan kepada mereka berdua.

“Cantiknya aturan Allah kan.

“Tahniah acik nak timang menantu dah.

“Wahhh another level punya rahsia tuhan, goodluck!

“Baru ngam nak lepak dengan mak mertua, sekepala.

“Dia susah sikit kalau tersasul, lagi-lagi kalau jenis “kau ni kakkk” HAHA.

“Apply cuti sama-sama lah hari tunang hehe.

“From weyh woi kak to ibu real quick huhu,” antara komen menghiburkan yang ditinggalkan warga maya di entri tersebut.

Baca juga: Khas Untuk ‘First Time’ Mama, Dr. Kongsi 6 Ilmu Berguna Sewaktu Uruskan Bayi Baru Lahir!

Sumber: TikTok @beiydaazahar 

FT Image: TikTok @beiydaazahar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×