Suami Isteri

“Macam Kau Seorang Ada Isteri” Suami Kerap Cuti Jaga Isteri Hingga Akhir Hayat, Tak Endah Diperli Rakan Sekerja!

8
SHARES
rakan sekerja

Biarlah apa orang nak cakap, asalkan diri sendiri tahu apa yang dilakukan dan apa yang dikorbankan. Begitulah kisah seorang suami yang mendapat perhatian ramai kerana utuh setia menjaga isteri yang sakit sehingga nafas terakhirnya, biarpun diperli oleh rakan sekerja kerana kerap mengambil cuti.

Baca juga: Nak Rujuk Dalam Tempoh Iddah, Boleh Ke Berlaku Dengan Hanya Syahwat? Ini Kata Mufti!

RAKAN SEKERJA PERLI SEBAB KERAP AMBIL CUTI JAGA ISTERI SAKIT

rakan sekerja

Gambar: TikTok @amsyarzulkeply20

Melalui perkongsian dimuat naik di TikTok oleh individu yang dikenali sebagai Amsyar Zulkeply berkata, ekoran kerap mengambil cuti dia telah menerima kata-kata perlian daripada rakan sekerja.

Biarpun begitu ujarnya di ruangan kapsyen, duit boleh dicari namun nyawa tiada ganti.

“Dulu dengan arwah isteri aku selalu cuti dan pernah cuti tanpa gaji selama berbulan-bulan sebab jaga arwah isteri sakit sampai akhir hayat arwah.

“Aku tak kisah hilang kerja hilang duit, orang nak kata apa sekali pun dekat aku ini. Aku lebih pentingkan keluarga. Duit boleh dicari, kasih sayang susah kita nak cari,” luahnya.

Baca juga: Azlan Komeng Dedah Isteri Teruk Disihir, Kandungan Bayi Kembar 8 Bulan Hilang & Keluar Anak Ular!

Tambah Amsyar lagi yang kini telah berkahwin buat kali kedua, sekiranya isteri yang sekarang ini berada dalam situasi sama iaitu sakit, dia tetap akan menjaganya seperti mana menjaga arwah isterinya yang dulu.

“Aku tak kisah apa orang nak cakap dekat aku, takut bini ke apa ke kan tak lepak dengan member apa ke kan sebab pengalaman yang pernah ada dalam diri aku selama ini.

“Selagi dia masih hidup aku akan hargai isteri aku yang sekarang,” ujarnya di TikTok @amsyarzulkeply20 .

Baca juga: Awas, Suka Samakan Tubuh Isteri Dengan Wanita Lain, Suami Boleh Jatuh ZIHAR & Kena Kafarah!

Warga maya berkongsi kisah yang sama

Dalam pada itu di ruangan komen, rata-rata warga maya berkongsi kisah yang sama dengan mengutamakan ahli keluarga walaupun menerima pelbagai kata-kata dari orang luar.

Selain itu, warga maya turut memuji sikap individu ini yang sanggup berkorban demi isteri tercinta sehingga ke akhir hayatnya.

“Abang ipar saya. Sedih ya bila rakan sekerja dia cakap macam itu macam kau seorang ada bini. Sedangkan masa itu bini dia kritikal dekat ICU.

“Pernah cuti seminggu jaga mak dekat hospital. Datang kerja terus dapat notis berhenti kerja. Aku kata tak apa mungkin ada hikmah, 2bulan lepas berhenti dapat masuk kerja kerajaan.

“Suami saya diperli katanya tak bergaul dengan orang lepas habis kerja terus balik rumah. Tak ada lepak sebab dia tahu ada anak autisme dia yang selalu tunggu kepulangan dia, tempat dia bermain bermanja.

“Suami one in a million…salute!

“Terima kasih bang sebab jadi lelaki terbaik untuk semua wanita sekeliling abang. Semoga syurga untuk semua kasih sayang yang abang dah curahkan untuk mereka. Ramai wanita tak dapat apa yang abang bagi dekat wanita yang abang sayang,” antara komen yang ditinggalkan warga maya di hantaran video tersebut.

Baca juga: Sebelum Isteri Menyesal & Menangis Di Bucu Katil, Peguam Kongsi 5 Tips Bagi Pinjam Duit Kepada Suami!

Sumber: TikTok @amsyarzulkeply20

FT Image: TikTok @amsyarzulkeply20

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×