Melihat pasangan suami rendah isteri tinggi, bukanlah perkara yang asing lagi. Berjodohan dengan lelaki berfizikal rendah daripada diri anda, bukanlah satu kekurangan yang perlu dimalukan. Hal ini kerana, dari sisi lain suami rendah mempunyai peribadi yang mampu membahagiakan anda sepanjang hayat.
Juga, pernahkah anda mendengar kata orang-orang tua, suami rendah itu maknanya murah rezeki. Baik dalam hubungan rumah tangga, mahupun soal kerjaya. Jadi, bersyukurlah!
SUAMI RENDAH ISTERI TINGGI
Baik suami tinggi atau rendah, masing-masing ada kelebihan yang tersendiri. Paling penting, usah menilai kebaikan seorang lelaki itu berdasarkan rupa fizikal, tetapi peribadinya.
Justeru itu, mari ketahui 5 peribadi suami berfizikal rendah yang boleh membuatkan hati isteri mudah cair dan bertambah sayang.
1. Ringan tulang
Beruntunglah anda yang memiliki suami berketinggian rendah. Hal ini kerana, dia seorang yang ringan tulang membantu isteri dan tidak kekok membuat kerja-kerja orang perempuan.
Selain itu, lelaki rendah kebiasaannya tidak akan menyusahkan isteri dan akan memastikan dirinya kelihatan lebih berjaya daripada pasangannya.
Disebabkan itu, kejayaan dirinya adalah lambang kebahagiaan. Sekali gus, dapat menepis kata-kata kurang enak orang sekeliling tentang perbezaan dia dan isterinya.
2. Berterus terang
Suami rendah gemar berterus terang dek kerana bersikap terbuka dan cenderung untuk menonjolkan kelebihan yang dimiliki. Disebabkan itulah dalam hal berkomunikasi, dia lebih mendominasi namun tidaklah sampai mengabaikan perasaan isteri.
Jangan risau, itu bukan tanda dia seorang yang mengongkong, cuma dia akan lebih bersikap tegas dengan pendiriannya.
Baca juga: Awas, Suka Samakan Tubuh Isteri Dengan Wanita Lain, Suami Boleh Jatuh ZIHAR & Kena Kafarah!
3. Tinggi keyakinan
Biarpun fizikalnya rendah, namun tidak menjadikan suami berketinggian tersebut tidak mempunyai keyakinan diri. Ketinggian kurang tapi keyakinan diri sememangnya tip top!
Sifat percaya diri begitu teguh sekali dan tidak mempedulikan kata-kata orang sekeliling. Sikapnya itu yang akan selalu membuatkan pasangannya kelihatan lebih menarik dan lebih menonjol dari dirinya.
Hal ini kerana, dia sering merasakan dirinya sepadan dengan isterinya.
4. Kredibiliti terpuji
Suami yang lebih rendah daripada pasangannya ini berkarakter seorang yang mudah mengawal perasaan marah. Dia tidak mudah melenting, sebaliknya lebih bertanggungjawab dan prihatin dengan kesukaran pasangan.
Selain itu, dia tidak suka menyusahkan isteri dengan perkara yang boleh membuat isteri rasa susah hati.
5. Menghormati isteri
Biarpun lelaki terkenal dengan sisi alpha, namun suami yang mempunyai ketinggian rendah tidak menjadikan ia sebagai cara untuk tidak menghormati isterinya.
Suami rendah fizikal, selalunya menghormati perasaan dan keputusan yang dibuat isteri. Ingat, dia bukan penakut atau kena ‘queen control’ ya, tapi lebih memilih pendekatan berbincang.
Baca juga: Banyakkan REDHA Dalam Perkahwinan, Tak Semua Perkara Berlaku Ikut Kehendak & ‘KPI’ Diinginkan!
Sumber: Pa&Ma
FT Image: Google