Famili

Impian Setiap Menantu Nak Dapat Ibu Mentua Macam Ini, Satu Dalam Seribu…

4
SHARES
IBU MERTUA

Impian setiap orang pasti ingin memiliki ibu mertua yang baik dan memahami agar keharmonian keluarga dapat dikekalkan. Artikel kali ini penulis ingin kongsikan tanda ibu mertua yang tidak toksik.

Sikap ibu mertua yang baik sekali gus akan membuatkan menantu bahagia dan tidak rasa tertekan sekiranya berada di bawah satu bumbung.

Baca juga: “Bagi Online, Baru Ada Bukti” – Syamsul Debat Pesan Jangan Beri Nafkah Cash, Bila Bergaduh Susah!

TANDA IBU MERTUA BAIK DAN TAK TOKSIK, BARULAH BAHAGIA

IBU MERTUA

1. Tak masuk campur urusan rumah tangga anak

Apabila ibu mentua memilih untuk tidak masuk campur dalam urusan rumah tangga anak, itu menunjukkan sikap matang dan  hormat terhadap keluarga yang dibina oleh anak dan pasangannya.

Namun, sokongan moral dan nasihat dari ibu mertua tetap boleh diberikan apabila diminta, asalkan tidak mengganggu privasi si anak sehingga berlaku penceraian.

2. Ibu mertua baik – anggap menantu macam anak sendiri

Ibu mentua yang bersikap baik dan menganggap menantu seperti anak sendiri adalah satu anugerah tidak ternilai dalam hubungan kekeluargaan.

Sikap ini bukan sahaja membantu mengeratkan hubungan, tetapi juga mampu membuatkan menantu rasa dihargai selain diterima dalam keluarga baharu

3. Tak bandingkan dengan menantu lain

Selanjutnya, ibu mentua yang tidak membanding-bandingkan menantu adalah contoh yang terbaik dan perlu diterapkan dalam diri semua orang.

Sikap ini menunjukkan kematangan, keadilan, dan kasih sayang di mana ia mampu mewujudkan hubungan kekeluargaan yang harmoni.

Setiap menantu sudah pastinya memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jadi, hargai mereka dengan cara tidak membanding-bandingkan.

4. Tak cari kesalahan menantu

Ibu mentua yang baik tidak akan mencari kesalahan menantu kerana hubungan harmoni lebih penting. Sikap saling memahami, menghormati, dan menyokong dapat mengeratkan silaturahim keluarga.

5. Membantu menantu ketika kesusahan

Selain itu, ibu mentua baik yang juga akan menolong menantunya ketika dalam kesusahan. Jangan sesekali berkira dan menganggap mereka orang lain kerana boleh mengakibatkan pergaduhan.

6. Tak sebarkan aib menantu

Akhir sekali, ibu mertua baik tidak akan sewenang-wenangnya menyebarkan aib menantu kerana itu merupakan sikap yang dimurka oleh Allah SWT.

Dengan menjaga aib menantu, ibu mertua memberi contoh teladan yang baik dalam membina kepercayaan dan hormat-menghormati.

Jadi, buat ibu mertua di luar sana, pastikan anda bersikap seperti di atas agar hubungan kekeluargaan kekal bahagia. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Nasihat Rumah Tangga Daripada Neelofa & Nora Danish Tarik Perhatian Netizen, Ramai Belum Faham…

Sumber: Facebook Kata Viral

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×