Famili

Tak Ada Haruman Bau Syurga Jika Putuskan Hubungan Silaturrahim Adik-Beradik

10
SHARES
ADIK-BERADIK

Antara dosa besar dalam Islam yang dijelaskan oleh Mufti Wilayah Persekutuan adalah memutuskan hubungan silaturrahim sesama adik-beradik dan ahli keluarga.

Tiada haruman syurga kalau bermusuh sesama adik beradik. Ini bermakna betapa pentingnya ikatan silaturahim dalam Islam sehingga tidak masuk syurga bagi mereka yang memutuskannya.

Baca juga: Individu Luah Rasa Kecewa Cikgu Pilih Kasih, Lantik Pengawas Untuk Anak Sendiri!

ADIK-BERADIK GADUH & BERMUSUH TIADA HARUMAN BAU SYURGA

ADIK-BERADIK

Sudah menjadi lumrah adik beradik kadangkala berselisih pendapat walaupun dilahirkan dari rahim yang sama. Mana tidaknya, masing-masing adalah individu tersendiri dengan perangai dan sikap berbeza.

Namun, apabila perbezaan pendapat itu membawa kepada pertengkaran seperti perebutan harta pusaka dan hutang piutang, ramai yang memilih jalan memutuskan pertalian persaudaraan.

Sebesar mana pun perselisihan yang berlaku, hakikatnya, kita tidak boleh sewenang-wenangnya meleraikan ikatan silaturahim dalam agama.

Rasulullah SAW bersabda:

وَمَنْ كانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ والْيوم الآخِر، فَلْيصلْ رَحِمَهُ

Maksudnya: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah seseorang itu menyambung silaturrahim.” Riwayat al-Bukhari (4830)

Menerusi laman sesawang rasmi milik Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, memutuskan silaturrahim termasuk dalam salah satu dosa besar secara ijmak ulama.

Kalimah silaturahim diambil daripada dua perkataan Arab yang membawa maksud memelihara dan menyambung hubungan dengan kaum kerabat yang terdekat.

Sebagai umat Islam, kita dilarang untuk memutuskan tali silaturrahim kerana Islam agama yang mementingkan hubungan persaudaraan.

Baca juga: Suami Kerja Offshore Kecewa Isteri Kantoi Curang & Bawa Lelaki Lain Masuk Rumah

Sumber: Juju Jusoh & Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×