Famili

Cara Mohon Skim Perubatan MADANI, Bantu Golongan B40 Kurangkan Kos Rawatan Kesihatan

2
SHARES
skim perubatan madani

Skim Perubatan MADANI adalah satu inisiatif rintis Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut).

Skim perubatan ini merupakan berita gembira buat rakyat Malaysia apabila mereka boleh mendapatkan beberapa rawatan tanpa mengeluarkan kos yang tinggi. Nak mohon? Begini caranya..

Baca juga: 7 Pekerjaan Gaji Paling ‘Masyuk’ Dan ‘Laku Keras’ Di Malaysia, Kalau Layak Boleh Cuba…

SKIM PERUBATAN MADANI BANTU KEPERLUAN KESIHATAN GOLONGAN B40

skim perubatan madani

Di bawah skim perubatan ini, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan tanggungan boleh mendapatkan rawatan secara percuma di klinik perubatan swasta yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI. Ini dapat mengurangkan beban kos rawatan kesihatan di samping meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah.

Antara negeri yang terlibat adalah daerah Johor Bahru (Johor), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Klang, Petaling, Hulu Langat dan Gombak (Selangor), Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Kuching (Sarawak) dan Kota Kinabalu (Sabah).

Skim Perubatan MADANI memberi tumpuan kepada jalinan kerjasama di antara sektor awam dan swasta, terutamanya dalam penyampaian perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut. Antara rawatan pesakit luar kes-kes akut merangkumi:

-Demam dan selsema
-Cirit-birit dan muntah
-Terseliuh
-Sakit kepala
-Trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain

Rawatan yang tidak termasuk adalah:

-Imunisasi rutin
-Saringan kesihatan
-Rawatan susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) rutin
-Rawatan susulan ibu dan anak rutin
-Perancangan keluarga rutin
-Perkhidmatan rehabilitasi
-Permintaan ubat tanpa konsultasi doktor
-Permintaan suplemen

Skim Perubatan MADANI ditawarkan secara automatik untuk kemudahan golongan yang berkelayakan bermula pada 15 Jun 2023 sehingga 31 Disember 2023, mengikut kategori berikut:

skim perubatan madani

Cara Mohon Skim Perubatan 

1.Semak kelayakan anda di laman sini

2.Hadir ke mana-mana General Practitioner (GP) yang berdaftar dengan Skim Perubatan MADANI (boleh dikenalpasti dengan pelekat Skim Perubatan MADANI) dengan membawa kad pengenalan.

3.Jika anda layak, anda boleh dapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut secara percuma.

4.Had manfaat Skim Perubatan MADANI anda akan ditolak selepas anda selesai mendapatkan rawatan.

Manfaat Skim Perubatan MADANI adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. seperti yang dinyatakan di laman sesawang.

*Jadi, buat anda yang merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2023, kelayakan adalah secara automatik ya.

Sumber: Belanjawan 2023

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×