Sejak kebelakangan ini, panas dengan isu sosial dalam kalangan warganet membabitkan pernikahan yang tidak mendapat restu ibu bapa. Ramai yang sering mendengar mengenai isu restu ini jika disabitkan dengan pengantin perempuan yang dianjurkan untuk mendapatkan izin dari ibu bapa dalam semua hal, namun bagaimana dengan hukum nikah bagi lelaki yang tidak mendapat restu?
Adakah dengan tidak mendapat restu dari ibu bapa untuk melangsungkan pernikahan akan menyebabkan status sah itu terganggu? Maklumlah, kadar penceraian dalam Malaysia pun sudah meningkat kepada 80% dan mungkin berpunca dari isu tiada restu ini. Ayuh kita bincangkan..
Baca juga: Jika Wanita Berkahwin Banyak Kali, Di Syurga Nanti Akan Bersama Suami Yang Mana?
HUKUM NIKAH BAGI LELAKI YANG TAK DAPAT RESTU MAK AYAH
Bagi penganut agama Islam yang berpegang kepada mazhab Syafi’i, terdapat lima syarat sah pernikahan berdasarkan rukun nikah, iaitu:
-Akad nikah
-Pengantin lelaki
-Pengantin perempuan
-Dua saksi
-Wali perkahwinan
Sememangnya dalam rukun perkahwinan di atas, dinyatakan hukumnya adalah sah bagi lelaki berkahwin tanpa kebenaran ibu bapanya. Bagaimanapun, mengemukakan wali nikah atau dua orang saksi seperti bapa dan abang untuk terlibat dalam perkahwinan adalah penting.
Dari sahabat mulia Abdullah bin ’Amru radhiallahu ‘anhuma, dia berkata, Rasulullah SAW pernah bersabda:
رِضَى الرَّبِّ فِي رِضَى الوَالِدِ، وَسَخَطُ الرَّبِّ فِي سَخَطِ الْوَالِدِ
“Redha Allah bergantung pada redha orang tua dan murka Allah bergantung pada murka orang tua”- (Hadis Hasan. HR. at-Tirmidzi, no. 1899, dan lainnya).
Dalam hadis di atas, Rasulullah SAW menyatakan bahawa keredhaan Allah SWT bergantung kepada keredhaan kedua ibu bapa. Sebagaimana seorang yang mencari keredhaan Allah adalah satu kewajipan, begitu juga dengan mencari keredhaan ibu bapa. Inilah yang menjanjikan kebahagiaan sesebuah perkahwinan itu walaupun lelaki tidak memerlukan restu ibu bapa untuk sahkan perkahwinan tersebut.
Menurut Ustaz Azhari Idrus, lain pula jika wanita itu tidak mendapat restu bapa, lebih-lebih lagi jika bapa masih ada. Jika pasangan lelaki yang ingin berkahwin dengannya lengkap dan kukuh dari segi persiapan agama namun masih tidak mendapat restu ibu bapa, maka pengantin perempuan boleh bernikah berwalikan wali hakim.
Namun, sebagai konklusi perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa ketiadaan restu ibu bapa tidak akan menjejaskan kesahihan sesebuah perkahwinan. Namun, menghadirkan wali nikah atau dua orang saksi seperti bapa dan abang serta terlibat dalam perkahwinan adalah rukun nikah dan syarat sahnya sesebuah perkahwinan.
*Ingatlah bahawa setiap urusan yang kita lakukan di atas muka bumi jika mendapat keberkatan ibu bapa, maka Allah SWT akan muliakan dan permudahkan..
Baca juga: 11 Asas Permohonan Kebenaran Nikah Anda Kena Tahu, Jangan Lambat Nanti Tak Boleh Kahwin
Sumber: DalamIslam.com, Ustaz Azhar Idrus
Foto: Sinar Islam Plus