Famili

Perkara Penting Kena Buat Bila Ada Ahli Keluarga Meninggal Dunia, Kena Ambil Tahu!

2
SHARES
AHLI KELUARGA MENINGGAL DUNIA

Apabila ahli keluarga meninggal dunia, ini merupakan perkara penting anda kena ambil tahu dan lakukan. Walaupun kehilangan orang tersayang amat perit untuk diterima namun ilmu dan persediaan awal perlu diambil berat.

Lebih baik sekiranya jenazah diurusakan oleh ahli keluarga sendiri tanpa orang luar kerana ia berkaitan maruah dan aib. Jadi, ambil tahu tentang perkara penting bila ahli keluarga meninggal dunia seperti perkongsian di bawah.

Baca juga: Senarai Contoh Ucapan Di WhatsApp Untuk Orang Meninggal Dunia Anda Boleh Guna

AHLI KELUARGA MENINGGAL DUNIA, INI PERKARA PENTING KENA BUAT

ahli keluarga meninggal dunia

Simpan mesej ini sebagai rujukan andai ada kematian ahli keluarga di rumah. Penting sangat.

1. Telefon ambulans. Doktor akan sahkan kematian dan dapat beberapa surat/borang untuk dibawa buat laporan ke balai polis.

2. Bawa dokument yang diberikan oleh doktor, kad pengenalan, sijil lahir, semua surat perubatan sekiranya ada untuk laporan polis.

3. Telefon orang surau dan jiran yang terdekat.

4. Ingat. Bahagi-bahagikan tugas. Apabila sudah disahkan oleh doktor tentang kematian dan sebelum hadirnya jiran-jiran:

– Pastikan letak jenazah atas tilam. Kaki ke arah kiblat dan muka mengadap kiblat.

– Semak seluar dan pampers jika ada terberak terkencing. Jika ada cuci kena dulu.

– Salin seluar baju yang bersih.

– Cari perca kain bersih dan buat beberapa tali.

– Sediakan minyak zaitun/baby oil. Mulakan urutan dari muka dan rapatkan mulut. Kemudian ikat dari dagu ke kepala.

– Selanjutnya, urut mata perlahan-lahan dan rapatkan.

– Tangan dan siku urut pelan perlahan. Kiamkan elok-elok dan ikat kemas.

Punggung peha rapatkan elok-elok dan urut perlahan-lahan.

– Rapatkan lutut elok-elok dan ikat tali.

– Rapatkan betis dan ikat tali

– Urut pergelangan kaki dengan minyak dan ikat kemas-kemas.

– 2 ibu jari dirapatkan dan ikatkan.

– Ambil kain tudung bawal putih jarang dan tutup bahagian muka.

– Ambil kain batik panjang dan tutup keseluruhan badan.

– Siapkan dalam beg, kain batik panjang 4 helai dan tuala satu.

– Bila jenazah dan rumah dah ready semua, sementara tunggu urusan yang seterusnya ambil masa untuk makan dan minum secukupnya.

Tujuan urut adalah untuk melembutkan sendi dan memudahkan urusan sewaktu mandi serta kapan. Urut perlahan-lahan sambil sedekah al-Fatihah untuk jenazah.

Semoga artikel ini memberi manfaat buat semua pembaca SirapLimau.

Baca juga: Kalau Sayang Arwah Ibu & Ayah, Jangan Buat Perkara Ini. Ramai Yang Tak Tahu!

Sumber: Facebook Jue Mahmud

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×