Nur

Hukum Bertelanjang Ketika Mandi Dan Lihat Aurat Sendiri, Haram Kalau ….

31
SHARES
HUKUM MANDI BOGEL

Masih ramai lagi dalam kalangan kita yang belum tahu mengenai hukum mandi bogel. Hal ini kerana rata-rata pasti akan mandi tanpa sebarang pakaian.

Perkara ini diulaskan dengan lebih lanjut oleh mufti dan terdapat beberapa hukum mengenai mandi bogel mengikut keadaaan. Baca sampai habis ya.

Baca juga: Hukum Letak Al-Quran Dan Yasin Bawah Bantal Ketika Tidur Untuk Elak Gangguan Jin

HUKUM MANDI BOGEL MENGIKUT PENJELASAN MUFTI

HUKUM MANDI BOGEL

Umum mengetahui, aurat seorang lelaki bila berseorangan adalah qubul dan duburnya. Manakala aurat wanita pula ketika berseorangan adalah antara pusat dan lutut.

Walaupun dalam keadaan berseorangan, seseorang itu tidak boleh bertelanjang atau membuka auratnya tanpa ada sebarang keperluan atau hajat.

Nabi Musa AS mandi dalam keadaan tidak berpakaian di tempat yang jauh  daripada orang ramai.

Rasulullah SAW bersabda: “Dahulu Bani Israel mandi telanjang, mereka saling melihat satu sama lain. Sementara Nabi Musa alayhissalam mandi seorang diri. Orang-orang Bani Israel berkata : ’Demi Allah, tidak ada yang mencegah Musa mandi bersama kita kecuali kerana dia mengidap penyakit aadar.’

Menurut  Ibn al-Muhallab dalam hadis Musa dan Ayub adalah dalil keharusan bertelanjang ketika berseorangan untuk tujuan mandi dan sebagainya.

Selain itu, menurut Ibn Hajar sesiapa yang mandi tanpa sebenang urat (telanjang) sekiranya dia berada di tempat yang tersembunyi dan tidak dilihat oleh sesiapapun yang diharamkan ke atasnya melihat aurat orang tersebut, maka halal baginya untuk melakukannya.

Lebih afdal adalah menutup auratnya kerana segan atau malu dengan Allah taala. Jika dia mandi sekira-kira dapat dilihat oleh seseorang maka haram orang tersebut melihat auratnya dan wajib ke atasnya menutup auratnya daripada orang tersebut secara ijmak sebagaimana diriwayatkan.

ADAB PERLU DIJAGA JIKA MANDI TANPA PAKAIAN

Antara adab yang perlu dijaga oleh seorang yang ingin mandi tanpa sebenang urat pun adalah sebagaimana disarankan oleh sebahagian fuqaha:

“ Sesiapa yang mandi tanpa sebarang pakaian (telanjang) disunatkan ketika menanggalkan pakaian mengucapkan “ Dengan nama Allah, tiada yang berhak disembah melainkannya” kerana ia mampu menutup seseorang daripada terkena panahan mata-mata jin”.

Keterangan di atas jelaslah bahawa membuka aurat dalam keadaan berseorangan adalah:

Haram jika tiada keperluan atau hajat tertentu. Harus jika ada keperluan seperti seseorang itu ingin melakukan qadha hajat, mandi, tabarrud (menghilangkan suasana panas), berubat, dan menukar pakaian.

Baca juga: Rupanya Ini Hukum Tunaikan Umrah Banyak Kali Dalam Setahun Selagi Mampu..

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×