Famili

Bekas Jururawat Patahkan Tulang Bayi Dalam NICU, Ramai Dah Jadi Mangsa Sejak 2023!

17
SHARES
penderaan bayi

Seorang bekas jururawat didakwa atas tuduhan melakukan penderaan bayi dengan sengaja di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) sebuah hospital.

Difahamkan, bayi tersebut baru sahaja dilahirkan di hospital berkenaan pada November 2024 namun nasib tidak menyebelahinya kerana hasil siasatan mendapati penderaan itu mengakibatkan bayi itu mengalami patah tulang.

Baca juga: Ibu Pilu Bayi 4 Bulan Maut Di Taska, “8 Jam Kemudian Saya Terima Dalam Keadaan Kaku…”

JURURAWAT BUAT PENDERAAN BAYI SAMPAI PATAH TULANG

penderaan bayi

Menurut Pendakwa Raya Henrico, Shannon Taylor, pertuduhan ke atas jururawat dikenali Erin Elizabeth Ann Strotman itu melibatkan hukuman maksimum 20 tahun penjara bagi kecederaan jenayah dan 10 tahun untuk pengabaian jenayah.

Jururawat berkenaan telah dihadapkan ke mahkamah namun masih belum membuat sebarang pengakuan ke atas tuduhan melakukan penderaan bayi.

Pendakwa raya turut memaklumkan siasatan masih lagi berlangsung hingga kini dan seramai 7 orang bayi dari 2023 hingga 2024 telah menjadi mangsa penderaan jururawat tidak bertanggungjawab itu.

“Kami telah menghubungi keluarga yang terlibat dan menyeru mana-mana keluarga lain yang percaya bayi mereka turut terjejas untuk tampil memberikan maklumat lanjut,” jelasnya.

Kes penderaan bayi yang dilakukan oleh jururawat tersebut mula disiasat selepas pihak hospital mendapati bayi yang berada di NICU mengalami patah tulang tanpa sebab yang jelas.

Beberapa rakaman video daripada kamera litar tertutup turut diambil sebagai bahan siasatan selain bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk Perkhidmatan Perlindungan Kanak-Kanak, Pejabat Pendakwa Raya, Polis Negeri Virginia, serta Jabatan Kesihatan Virginia.

Ketua Polis Henrico, Eric D. English, meminta agar ahli keluarga memberi kerjasama dan menunggu dengan bersabar sepanjang siasatan dilakukan terhadap jururawat tidak berhati perut itu.

Bapa kepada bayi berkenaan menjelaskan bahawa keadilan untuk anaknya, Noah sangat penting kerana itu merupakan nyawa mereka.

“Kami mahukan keadilan untuk Noah. Ini bukan kemalangan, dan kami akan pastikan pihak yang bertanggungjawab dikenakan tindakan,” katanya dalam keadaan sedih.

Baca juga: Isteri Meninggal Ketika Tidur Dalam Pelukan Suami, Baru Selesai Susukan Bayi Usia 2 Bulan…

Sumber: Global News

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×