Famili

Isteri Meninggal Ketika Tidur Dalam Pelukan Suami, Baru Selesai Susukan Bayi Usia 2 Bulan…

62
SHARES
MENINGGAL DALAM TIDUR

Tular di media sosial luahan seorang suami yang kehilangan isterinya kerana meninggal dalam tidur. Difahamkan, Nur Izzaty pada ketika itu baru sahaja menyusukan bayi mereka berusia 2 bulan.

Perkongsian khabar duka ini dimuat naik di akaun amirul_n4fis menerusi aplikasi Threads. Dia mengucapkan selamat tinggal buat arwah isterinya yang dijemput Illahi ketika usia perkahwinan baru 2 tahun.

Baca juga: Gara-Gara Lemas Dalam Kolam Dewasa, Anak Kini Dah 4 Bulan Koma & Pakai Alat Bantuan Pernafasan

ISTERI MENINGGAL DALAM TIDUR, SELEPAS SUSUKAN ANAK

MENINGGAL DALAM TIDUR

“Selamat jalan bidadariku. Terima kasih hadir dalam hidup saya selama 582 hari ini. 6/1/2025 saya kehilanganmu sayang. Kita dah rancang macam-macam tapi Allah lebih sayangkan awak.

“Saya reda dan akan jaga amanah Allah yang ada ini. Faleeq tetap akan papa jaga dan membesar dengan baik. Papa sayang mama sangat-sangat. Doakan papa dan Faleeq ya. Sayang awak Nur Izzaty Hafizah binti Abuhuraira,” luah suaminya.

Dia turut menjelaskan bahawa arwah meninggal dalam tidur ketika berada di dalam pelukannya selepas selesai memberikan susu untuk bayinya yang berusia 2 bulan.

Suami reda dengan pemergian isteri tercinta kerana itu merupakan ketentuan daripada Allah SWT. Walaupun banyak perancangan bersama isteri tersayang namun kehidupan bersama anak tersayang, Faleeq perlu diteruskan.

MENINGGAL DALAM TIDUR

Hasil bedah siasat mendapati allahyarham mengalami jangkitan pada paru-paru namun tiada sebarang penyakit atau mengadu berada dalam keadaan tidak sihat sebelum ini.

“Dia pergi dalam tidur, dalam pelukan saya. Selesai susukan anak, dia tidur dan ajalnya dijemput dalam tidur. Isteri wajib postmotem dan doktor cakap ada jangkitan paru-paru. Arwah tak ada sakit dan tak pernah mengadu sakit pun,” jelas suaminya.

Menjengah ke Facebook milik abang ipar arwah, pemergian Izzaty sudah pastinya membuatkan seluruh ahli keluarga bersedih kerana kehadirannya begitu singkat.

“Tidak kami sangka kehadiran Izzaty dalam keluarga kami cuma dalam masa yang singkat. Izzaty menantu pertama Abah, dan yang paling disayangi. Terima kasih membawa kebahagiaan dan kegembiraan dalam keluarga kita. Terima kasih dah menjaga ibu abah di rumah, dah membahagiakan ibu abah dan menjadi menantu yang terbaik,” ujarnya.

*Semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Baca juga: Mayat Wanita Peluk Bayi Tidak Bernyawa Ditemui Tepi Jalan, Masih Lagi Bertali Pusat

Sumber: Threads & Facebook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×