Sebuah taska di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat diarahkan tutup selepas dipercayai telah terbabit dengan kes kematian bayi lelaki berusia empat bulan.
Perkara ini tular di media sosial apbila ibu kepada bayi berkenaan memuat naik hantaran mengenai keadaan anaknya selepas beberapa jam berada di taska.
Baca juga: Isteri Meninggal Ketika Tidur Dalam Pelukan Suami, Baru Selesai Susukan Bayi Usia 2 Bulan…
KES KEMATIAN BAYI 4 BULAN DI TASKA, TERGAMAKNYA
Menerusi hantaran tersebut, Puan Yuni Rahman meluahkan rasa kecewa terhadap pengurusan taksa tersebut yang seolah-olah tidak ambil peduli mengenai kematian tersebut.
Difahamkan bahawa guru di taska telah meninggalkan anak lelakinya berada di dalam bilik dalam tempoh masa yang agak panjang sehingga menyebabkan kesukaran untuk bernafas.
“Anak saya tak bernafas cikgu boleh cakap tak tahu. Cikgu pengurus taska boleh ke hulu ke hilir. Tetapi datang lambat, balik awal, jadi siapa yang jaga 25 anak-anak? Dua cikgu jaga 25 anak? Cikgu tinggal dalam bilik dan tahu tak berapa lama? Sampai anak saya susah nak bernafas? Sampai terbuang air besar sebab sakit,” tulisnya kepada taska terbabit.
Walaupun perit namun perkara ini perlu ditelan oleh mereka sekeluarga. Puan Yuni meluahkan bahawa anak lelakinya itu sungguh mudah untuk dijaga walaupun hanya seketika bersama.
“Buat Khairul Handzalah Sufi, terima kasih sangat-sangat. Walaupun dah tertulis dalam Lauh Mahfuz yang kehidupan awak hanya 4 bulan, awak terima. Awak terima rahim ibu untuk dihuni.
“Awak terima keluarga kami sebagai keluarga dunia akhirat awak. Jujur ibu cakap, pregnancy journey ibu membawa awak sangat perit. Tapi bila awak keluar, Allahuakbar. Mudah sungguh jaga awak,” luah si ibu di media sosial.
Memetik laporan media, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Akmalrizal Radzi melaporkan bahawa menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3.29 petang daripada seorang doktor sebuah klinik.
Bayi tersebut telah dibawa seorang pengasuh taska dalam keadaan pucat kebiruan pada bibir dan kaki, tiada nadi serta nafas selain tiada pergerakan anak mata bila disuluh lampu.
Siasatan mendapati bahawa taska berkenaan tidak berlesen dan masih dalam proses permohonan
Baca juga: Mayat Wanita Peluk Bayi Tidak Bernyawa Ditemui Tepi Jalan, Masih Lagi Bertali Pusat
Sumber: Instagram & Berita Harian