Tular di laman media sosial baru-baru ini apabila ada klip memaparkan seorang bayi sedang meraung dalam katil bayi (baby cot). Mengejutkan orang ramai adalah rupanya si ibu membiarkan anaknya yang berusia 4 bulan itu menangis semata-mata sedang melakukan sleep training!
Walaupun pakar menyatakan bahawa usia 4-6 bulan merupakan waktu yang sesuai untuk membuat sleep training tersebut, namun malang tidak berbau menimpa ibu ini apabila bayinya maut!
Baca juga: “Binatang Pun Sayang Anak”- Bayi Baru Lahir Berbalut Kain Ditemui Dalam Semak Di Belakang Surau
BAYI MERAUNG SEMASA SLEEP TRAINING TIBA-TIBA DIAM, INGATKAN SLEEP TRAINING BERJAYA TAPI…
Menurut ibu ini, dia mengatakan bahawa teknik yang digunakan adalah berdasarkan panduan daripada sebuah grup parenting iaitu ‘Baby Stomach Training’. Walaupun hampir 1 jam berlalu, tangisan bayi tersebut yang dibiarkan dalam keadaan tertiarap masih belum berhenti.
Si ibu yang hanya melihat dari bilik berlainan segera bertanyakan situasi itu kepada ahli dalam grup. Namun mereka berkata untuk biarkan sahaja. Si ibu langsung tidak cuba mendekati atau mengangkat anaknya, sebaliknya hanya meneruskan pemantauan daripada CCTV. Lama kelamaan, bayi terbabit mula mengalihkan badan kepada posisi tidur dan suara tangisannya menjadi semakin perlahan.
Situasi tersebut membuatkan si ibu menarik nafas lega kerana menyangka sudah berjaya menjalankan sleep training . Bahkan, ‘kejayaan’ itu turut mendapat respons positif daripada ahli-ahli dalam grup tersebut. Namun, kegembiraan bertukar derita apabila dia mengetahui bahawa masuk ke bilik tersebut untuk menyusukan bayi berkenaan.
Sebenarnya, bayi tersebut telah mengalami kesukaran bernafas sepanjang 1 jam tangisan berlangsung. Apa yang dapat dilihat adalah, darah sudah keluar dari hidung dan mulut si kecil yang telah ‘tidur’ buat selama-lamanya…
View on Threads
*Bukannya tidak boleh untuk buat sleep training ini tapi pastikan anda mengikut saranan dari pakar dan gunakan teknik yang betul.
Baca juga: Tok Guru Pondok Kongsi Zikir Lembutkan Hati & Anak Jadi Rajin Belajar, Baca Ketika Basuh Beras
Sumber: Mstar, Thread @syahlianna