Asuh

Bayi Maut Dipercayai Lemas Dalam Selimut, “Kami Tak Salahkan Pengasuh, Ia Mungkin Jadi Asbab & Kami Redha.”

1
SHARES
bayi lemas

Lagi, kejadian bayi lemas dipercayai tertutup selimut semasa tidur. Di mana, ketika kejadian bayi lelaki berusia enam bulan itu berada di rumah pengasuhnya di Merlimau di sini, pada pagi Isnin.

Bapa mangsa Nazrul Nizam Mohd Tahar, 29, berkata dia tahu mengenai kejadian menimpa anak tunggalnya Harraz Noah setelah dihubungi isteri, Ainol Izzah Raslan, 25, kira-kira 11.40 pagi.

Baca juga: “Dia Menjerit Menangis Sakit Rasa Kena Bakar…”- Murid Melecur Kulit Terkena Gam Gajah, Ibu Kongsi Detik Cemas!

BAYI LEMAS DALAM SELIMUT

bayi lemas

Gambar: AINOL Izzah menunjukkan wajah bayi lelaki mereka yang maut, ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Melaka, semalam. – BERNAMA

“Pengasuh maklumkan dekat saya bibir Harraz Noah sudah biru…pengasuh cerita sebelum kejadian, dia beri susu dekat anak dan sendawakan anak. 

“Kemudian, dia cuba tidurkan di dalam buai, tetapi anak tidak mahu…dia (anak) nak tidur di atas tilam.

“Selepas anak tidur, pengasuh ke dapur buat kerja…ketika hendak tengok anak, dia lihat anak dah tertutup dengan selimut

“Pengasuh kemudian telefon isteri yang terus pergi ke rumah pengasuh,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Melaka di sini, malam semalam.

Baca juga: Garis Panduan Bantu Bayi Petah Bercakap, Sebelum 2 Tahun Pastikan Anak ‘Master’ 6 Kemahiran Penting Ini!

Nazrul Nizam berkata sudah empat bulan dia menghantar anaknya ke rumah pengasuh terbabit dan sepanjang tempoh itu, tiada perkara buruk berlaku terhadap anaknya.

“…kami tidak salahkan dia (pengasuh), sudah takdir…ia mungkin jadi asbab, kami redha. Lagipun pengasuh sayang anak kami seperti anaknya sendiri, dia pun pernah keguguran

“Biasa kalau datang ambil anak tiada lebam-lebam (dekat badan),” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin DSP Ahmad Jamil Radzi ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit dan kes masih dalam siasatan.

Baca juga: ‘Bayi Ajaib’ Disangka Gugur! Namun, Raja Tuah Mohsin Selamat Lahir Daripada Ibu Miliki 2 Rahim

Sumber: BERNAMA

FT Image: Parents / Tamara Staples

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×