Dapur

Cara Buat Sosej Ayam Homemade Yang Lebih Sihat Untuk Anak. Mudahnya!

7.9K
SHARES

“Asal keluar makan, anak-anak asyik nak cari sosej. Bukannya bagus sangat makan makanan berproses ni. Ingat nak cari cara buat sosej homemade lah. Boleh isi bahan-bahan yang berkhasiat. Tak adalah nak risau lagi pasal MSG atau pengawet.”

Anak-anak pasti takkan menolak bila ditawarkan makanan jejari seperti sosej dan nugget. Sedap memang sedap, tapi makanan segera dan yang berproses seperti ini bukanlah makanan yang sepatutnya dimakan selalu. Lebih-lebih lagi oleh anak kecil.

Bagi ibu-ibu yang ingin cuba mengawal pengambilan makanan berproses atau fast food ini, boleh cuba buat sendiri sosej di rumah. Mari ikuti cara buat sosej yang sangat mudah dan sedap oleh Puan Siti Jarina Zaidon ini. Yang pasti, lebih sihat daripada yang dibeli frozen di pasaraya.

Cara Buat Sosej Ayam Homemade Yang Lebih Sihat

Jom lihat cara buat sosej ayam homemade yang boleh anda buat di rumah. Senang sangat! Apapun, kita tengok dulu bahannya.

Bahan-bahan:

  • 1 kg Isi Ayam
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 sudu teh lada sulah
  • 1/2 sudu teh thyme
  • 1/2 sudu teh oregano
  • 1 tangkai cili kering (nak pedas letak lebih, yang serbuk pun boleh )
  • 1 gelas air / stok ayam

*Boleh tambah / tukar bahan ikut kreativiti masing-masing.

cara buat sosej

Ini gelas air yang digunakan untuk sukatan tersebut

Cara-cara:

Berikut adalah cara buat sosej homemade langkah demi langkah.

1. Kisar Bahan

Mula-mula, satukan semua bahan kisarkan dalam blender sehingga halus dan sebati.

2. Masukkan Dalam Piping Bag / Plastik

Kemudian, masukkan bahan yang dikisar tadi ke dalam piping bag. Kalau tak ada piping bag, boleh gunakan beg plastik biasa dan gunting di hujungnya.

3. Picitkan Atas Plastic Wrap

Bila dah masukkan, sediakan cling film / plastic wrap untuk kita picitkan bahan kisar tadi ke atasnya. Cling film ini adalah sejenis plastic wrap jenis yang nipis. Macam yang digunakan untuk balut sandwich. Biasanya orang guna untuk tutup makanan yang belum dihidangkan juga guna cling film ini.

Picitkan memanjang seperti dalam gambar di bawah ini.

4. Gulungkan

Seterusnya, gulung kemas, pusingkan hujung plastic wrap tadi hingga ketat dan padat. Ikat kuat kanan dan kiri.

Beginilah rupanya bila dah siap gulung.

*Ada lagi satu cara, boleh guna plastik aiskrim Malaysia. Picitkan terus ke dalam plastik itu, tak payah gulung-gulung lagi. Ikut keselesaan andalah ya.

5. Rebus 10 Minit

Didihkan air, rebus dalam 10 minit. Angkat dan rendam dalam air ais sebentar.

Tos dan buka balutan plastic wrap tadi.

6. Dah Boleh Goreng

Sekarang, dah ada sosej buatan sendiri. Bolehlah di goreng atau pan fried.

Ini hasilnya yang saya dah siap goreng. Nampak sedap, kan?

cara buat sosej

Juga Boleh Disimpan Beku

Rupanya mudah saja cara buat sosej sendiri di rumah. Alternatif ini tentunya lebih sihat untuk anak-anak dan seisi keluarga. Anda boleh tambahkan sayuran seperti carrot, sawi, brokoli, dan sebagainya untuk menambah khasiat. Kalau nak tambah cheese pun boleh. Yang ditunjukkan ini adalah cara buat sosej ayam yang paling asas.

Boleh juga buat sekali banyak untuk dijadikan stok simpanan beku. Tak payah lagi beli di pasaraya selepas ini!

Selamat mencuba.

 

*Resepi sosej ayam homemade ini adalah perkongsian asal oleh Puan Siti Zarina Jaidon dan diterbitkan semula dengan kebenarannya. Untuk lebih banyak perkongsian, follow FB beliau di sini.

**Selain berpengalaman dalam bidang masakan, beliau juga berbakat dalam menghasilkan pelbagai jenis kek perkahwinan pada harga yang mampu milik. Tempahan dibuka bagi kawasan Puchong, Kuala Lumpur, Putrajaya dan sekitarnya. Ikuti Fanpage beliau, Family Pastry Bakery dan Instagram Siti Zarina Jaidon.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×