Famili

2 Resepi Kek Mudah Guna ‘Rice Cooker’. Tetap Lazat Dan Gebu!

27.1K
reads

Tiada alasan lagi bagi anda penggemar kek! Kali ini kita akan ikuti cara buat kek tanpa oven yang ringkas dan mudah. Hanya menggunakan rice cooker saja, anda sebenarnya boleh membuat kek yang lazat dan gebu!

2 Resepi Kek Mudah Menggunakan Rice Cooker

Terdapat 2 resepi yang kami sertakan dalam entri ini, iaitu kek coklat dan kek minyak. Kedua-duanya ‘special’ dan senang, hanya perlu menggunakan periuk nasi.

Sesuai untuk dihidangkan untuk makan sendiri mahupun majlis-majlis.

1. Resepi Kek Coklat Versi Rice Cooker

Kek ini memang istimewa. Bukan saja tak perlu pakai oven, tetapi resepi ini juga tidak perlu menggunakan mixer. Tetap menjadi walaupun Puan Scha baru pertama kali mencubanya!

Sesuai sangatlah untuk mereka yang bujang atau yang terlebih ‘rajin’, bukan?

Bahan-Bahan:

Bahan kek

  • 1 1/2 cawan tepung
  • 1/2 cawan gula
  • 4 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu kecil soda penaik
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 1/4 sudu kecil serbuk penaik
  • 90ml minyak bunga matahari
  • 1/2 sudu kecil ekstrak vanilla
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 cawan air

Bahan topping coklat ganache

  • 1/2 cwn serbuk koko
  • 1/2cwn susu pekat manis
  • 1 sb minyak

Cara Membuat:

1. Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda penaik, garam, serbuk kayu manis, serbuk penaik. Kacau sehingga sebati. Asingkan.

2. Dalam bekas yang berlainan, masukkan minyak, ekstrak vanila, cuka dan air. Kacau sehingga sebati.

3. Campurkan kedua-dua adunan kering dan basah tadi dan kacau sehingga lembut.

4. Sapukan mentega dalam rice cooker supaya tidak melekat. Tuangkan adunan dan masak untuk 60 minit. Tekankan suis ‘cook’ itu semula apabila ia bertukar kepada ‘warm’.

kek-coklat-rice-cooker

5. Periksa kek dalam masa 45 minit. Cucuk kek dengan lidi untuk memastikan kek telah masak.

6. Setelah kek masak, biarkan kek sejuk untuk 15 minit sebelum dikeluarkan dari periuk.

cara buat kek tanpa oven

7. Sementara itu, anda boleh membuat topping coklat ganache. (Ini optional, kalau suka boleh buat). Caranya mudah. Masukkan serbuk koko dan susu pekat manis dalam periuk. Gaul hingga sebati. Panaskan atas api yang kecil. Masukkan minyak dan gaulkan sekejap hingga agak sebati dan sesuai kelikatannya.

7. Apabila sejuk, terbalikkan kek ke atas pinggan leper. Taburkan gula aising ke atas kek atau curahkan dengan coklat ganache.

kek-coklat-rice-cooker-3

*Resepi asal cara buat kek tanpa oven oleh Scha She ini diterbitkan semula dengan kebenarannya.

 

2. Resepi Kek Minyak Versi Rice Cooker

Resepi kedua ini pula adalah resepi kek minyak versi rice cooker hasil perkongsian air tangan Puan Junainah Sahrudin. Warna-warni dan ceria warnanya, anak-anak tentu suka!

Jom tengok cara membuatnya di bawah.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan susu pekat
  • 5 biji telur
  • 1 sudu kecil vanila
  • 1 sudu besar baking powder
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 cawan minyak
  • Pewarna ikut suka

kek-rice-cooker

Cara Membuat:

1. Putar telur, gula, dan ovalette hingga kembang.

2. Masukan susu pekat & esen vanila.

3. Masukan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.

4. .Kemudian, masukkan minyak dan gaul sebati. Bahagi-bahagikan ke dalam bekas berasingan untuk diwarnakan.

4. Sapu majerin rata-rata pada rice cooker dan masukkan adunan ke dalam periuk nasi. Buat corak ikut suka ya. Saya tak lapiskan, cuma tompok-tompokkan sahaja.

5. Apabila siap dimasukkan ke dalam rice cooker, masak macam masak nasi. Tekan butang ‘cook’ dan dalam masa sekejap saja butang itu akan naik. Biarkan saja, dalam 10-15 minit, tekan semula butang itu. Ulangi langkah ini sehingga kek masak.

6. Inilah hasilnya.

kek-rice-cooker-2

*Resepi asal cara buat kek tanpa oven oleh Puan Junainah Sahrudin ini diterbitkan semula dengan kebenarannya. Follow FB beliau di SINI untuk lebih banyak perkongsian resepi menarik!

 

Tiada Alasan Lagi!

Mudah, bukan? Lepas ini tiada alasan lagi untuk tidak membuat kek walaupun tak ada ‘oven’.

Tak rugi mencubanya.

1 Comment

1 Comment

  1. NUR FATIN LIYANA

    April 18, 2017 at 5:40 pm

    Asalamualaikum.saya nak bertanya sikit.resipi kek di atas sekali menggunakan tepung apa ye.Tepung kek ke tepung gandum.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Yang Popular

To Top