Dapur

Cara Buat Burger ‘Homemade’ Yang Sihat Untuk Anak-anak

7K
SHARES

“Kalau masak nasi, susah betul nak suruh anak-anak makan. Tapi, kalau hidang burger atau nugget memang cepat saja ‘licin’. Macam mana cara buat burger ‘homemade’ yang sihat ya?”

Bukan saja anak-anak, kita yang dewasa pun ada masanya teruja apabila dihidangkan makanan berunsur ‘fast food’ seperti burger dan nugget. Walaubagaimanapun, makanan seperti ini mengandungi pelbagai bahan yang diproses dan tidak elok dimakan selalu. Jadi, apa kata kita cuba buat sendiri menggunakan bahan-bahan segar?

Di sini, Puan Sabariah Hussain berkongsikan cara buat burger ‘homemade’ versi beliau yang diajarkan oleh kakaknya, Siti Fadilah Kamis. Memang mudah dan ‘simple’!

burger-homemade-5

Resipi Burger ‘Homemade’ Yang Mudah Dan Sihat

Mari kita ikuti cara buat burger ‘homemade’ yang mudah dan sihat. Selepas ini, tak perlulah beli di pasaraya lagi. Lebih terjamin bahan dan mutunya apabila dibuat dengan air tangan sendiri, bukan?

Bahan-bahan

Bahan-bahannya yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • 2 ketul dada ayam @ daging
  • 2 ketul kentang @ carrot
  • 2 biji telur
  • 1 labu bawang besar
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu kecil lada putih
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil hilal @ kiub ayam
  • 1 sudu kecil serbuk soda *
  • 3 sudu kecil tepung gandum *
  • 2 sudu kecil tepung ubi*

Cara Buat Burger ‘Homemade’: Langkah Demi Langkah

Ini langkahnya:

1. Kisar

Kisarkan semua bahan di atas kecuali yang bertanda*.

burger-homemade-1

2. Campurkan Semua Bahan

Setelah dikisar, pindahkan ke dalam bekas dan gaulkannya dengan sebati.

Kemudian, masukkan bahan-bahan selebihnya yang bertanda *.

3. Masukkan Dalam Acuan

Bentukkan daging burger dengan menggunakan acuan untuk menggoreng telur seperti dalam gambar ini.

Pastikan anda melapik bahagian bawah acuan dengan plastik atau apa-apa yang sesuai.

burger-homemade-2

4. Kukus

Kukuskan daging burger ini selama 15-20 minit, hingga daging burger tadi mula terbentuk.

5. Sejukkan

Seterusnya, sejukkan pula di dalam peti sejuk. Kalau ada buat lebih, boleh simpan di bahagian ‘freezer’ untuk disimpan lebih lama.

Bila nak makan, baru keluarkan macam biasa.

6. Bakar

Selepas disejukkan, anda bolehlah membakarnya seperti biasa di atas kuali leper. Siap untuk dihidangkan mengikut citarasa anda.

cara buat burger

Hidangkan Mengikut Citarasa

Mudah, bukan? Terpulanglah nak bubuh ‘cheese’, salad, tomato, sos dan sebagainya, macam burger yang dibeli di kedai. Tapi kalau di rumah, bolehlah buat ikut selera masing-masing. Lebih puas hati dan berbaloi!

Untuk lebih sihat, gunakan kiub / stok ayam yang dibuat sendiri.

 

*Perkongsian asal cara buat burger ‘homemade’ oleh Puan Sabariah Hussain ini diterbitkan semula dengan kebenaran beliau. Ia pertama kalinya tersiar dalam Group FB Masakan, Masak Apa Hari Ini (MAHN).

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×