Nur

Hukum Beri ‘Rating’ Rendah Kepada Penjual Online, Dikira Buka Aib Ke?

11
SHARES
hukum jual beli

Dalam dunia perniagaan Islam, pengetahuan mengenai hukum jual beli adalah sangat penting supaya dapat rezeki dari sumber yang halal. Selari dengan perkembangan teknologi, proses jual beli kini sering dilakukan secara atas talian atau online kerana dikatakan mempunyai harga lebih murah.

Selesai membuat pembelian secara online, sudah pasti anda tidak akan tinggal ruangan ‘rating’ untuk menyampaikan tahap kepuasan atau ketidakpuasan hati mengenai barang atau servis penjual berkenaan. Kalau bagi rating tinggi tak mengapa tapi kalau bagi rating rendah, adakah berdosa?

Baca juga: 6 Adat Melayu Dikatakan Bertentangan Dengan Islam Tapi Masih Diamalkan

HUKUM JUAL BELI, BAGI ‘RATING’ RENDAH KEPADA PENJUAL BERDOSA KE?

hukum jual beli

Apakah hukum jika memberi ‘bad rating‘ kepada penjual yang menjual barang rosak kepada pembeli? Adakah pembeli tersebut dikira mengaibkan penjual atau sebaliknya?

Firman Allah SWT:

وَأَحَلَّ ٱللَّهُ ٱلۡبَيۡعَ وَحَرَّمَ ٱلرِّبَوٰاْ

Maksudnya: “Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.”- Surah al-Baqarah (275)

Penjualan secara online telah menjadi salah satu sumber rezeki pada zaman sekarang dan ada juga dalam kalangan kita, ini merupakan punca rezeki utama. Ekosistem jual beli di platform e-commerce sebegini amat bergantung dengan penilaian (rating), jumlah barangan terjual (sold item) dan komen (review) pelanggan. Maka, penilaian (rating) yang rendah akan menyebabkan kehilangan pelanggan dan jualan merosot.

Berbalik kepada soalan di atas, penjelasan dari Dr.Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyatakan sekiranya penjual menjual barangan yang rosak, maka wajar bagi saudari memberi “bad rating” kepada penjual tersebut. Hal ini bagi mengelakkan pembeli yang lain terjerat dengan penipuan yang dilakukan.

Rasulullah SAW telah menegaskan:

وَمَنْ غَشَّنَا فَلَيْسَ مِنَّا

Maksudnya: “Dan barangsiapa yang menipu kami maka bukanlah dia daripada kalangan kami.”- Riwayat Muslim (101)

Syams al-Haq al-‘Azim Abadi menyebut bahawa hadith ini menjadi dalil yang menunjukkan bahawa haramnya perbuatan menipu dan perkara tersebut telah disepakati. (Lihat ‘Aun al-Ma‘bud, 9/231)

Dalam hal ini juga, ia tidaklah dianggap mengaibkan. Bahkan, jika kita lihat pada hari ini juga banyak aplikasi seperti Shopee, Lazada, Shein dan seumpamanya yang telah memberi hak kepada pengguna untuk menilai sendiri penjual-penjual berkenaan. Akan tetapi, sekiranya pembeli sengaja memberi rating yang rendah kepada penjual, walhal beliau telah menjual barang yang dalam keadaan baik, maka pembeli tersebut dikira berdosa kerana menimbulkan syak wasangka kepada orang lain.

Semoga Allah memberikan kita kefahaman dalam memahami agama ini. Amin. Marilah sama-sama kita berdoa:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا ، وَرِزْقًا طَيِّبًا ، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”

hukum jual beli

Foto: Forbes

Baca juga: Ketua Keluarga Wajib Sediakan Satu Fail Faraid Lengkap Dengan 7 Dokumen Ini, Senang!

Sumber: Maktabah Al-Bakri

Foto: Quora

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×