Dapur

Cara Buat Pizza Gunting Yang ‘Laku Keras’. Guna Roti, Tak Payah Uli!

9.6K
SHARES

“Teringin nak makan pizza, tapi malas betul nak menguli doh. Kalau tak mahir, silap-silap keras pula. Macam mana cara buat pizza yang paling mudah tapi sedap ya?”

Kalau sebut pizza, memang hampir semua orang akan menyukainya, terutama anak-anak kecil. Ia adalah juadah yang sesuai untuk dimakan pada hampir bila-bila masa. Kadang-kadang rasa teringin sangat nak makan pizza, tapi malas nak keluar rumah dan cari di kedai. Tapi, nak buat sendiri pula bukannya mudah, lebih-lebih lagi kalau baru tahap ‘beginner’ dalam bab masak-memasak ini.

Hari ini, kami bertuah kerana Puan Ummul Alifah Salim sudi berkongsi resepi ‘Pizza Gunting’ beliau yang memang ‘laku keras’ apabila diniagakan. Menurut beliau, memang ramai yang minta resepi ini. Uniknya, ia juga sangat mudah untuk anda buat di rumah. Cuma guna roti sebagai bahan asasnya, senang sangat!

Mari lihat cara buat pizza yang super istimewa ini.

cara-buat-pizza-1

Cara Buat Pizza Gunting Yang ‘Laku Keras’. Guna Roti, Tak Payah Uli!

Berikut adalah bahan yang diperlukan

Bahan-bahan

*Resepi ini untuk 1 dulang 10×10 ”

  • 9 keping roti
  • 3 batang sosej (potong kecil)
  • 100 gm isi daging/ayam (cincang)
  • 1/2 cili benggala (potong dadu)
  • 5biji telur A
  • Bawang besar & bwg putih utk menumis
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • Mayonis dan cheddar cheese

Cara-cara

Ini pula cara buat pizza, langkah demi langkah:

1. Tumis Bahan

Mula-mula, tumiskan bawang. Kemudian, masukkan serbuk kari beserta daging atau ayam.

Apabila dah masak, masukkan sosej dan akhir sekali lada benggala. Perasakan sekali dengan garam ya.

cara-buat-pizza-2

2. Gunting Roti

Kemudian, kita akan membuat ‘base’ pizza menggunakan roti. Caranya, gunting roti kecil-kecil seperti dalam gambar di bawah ini.

cara-buat-pizza-3

3. Pukul Telur

Dalam sebuah bekas lain, pecahkan telur saiz A. Jika telur saiz kecil, tambah sebiji lagi supaya pizza terasa lebih ‘moist’.

Seterusnya, pukul telur menggunakan garfu.

cara-buat-pizza-4

4. Campurkan Dengan Bahan Tumisan

Langkah seterusnya, campurkan telur yang dipukul tadi dengan bahan tumisan.

cara-buat-pizza-5

5. Gaulkan Dengan Roti

Tuang campuran telur tadi ke atas roti gunting. Pastikan anda menggaulnya sehingga sebati.

cara-buat-pizza-6

6. Bakar Dalam ‘Oven’

Setelah sebati, ratakan campuran yang telah digaul ke dalam dulang.

Sebelum itu, jangan lupa sapu merjerin dahulu untuk mengelakkannya daripada melekat. Bakar pada suhu 170°C selama 20 minit.

cara-buat-pizza-7

7. Hias & Tambah ‘Topping’

Selepas keluar dari ketuhar, tibalah masanya untuk proses ‘deko’ atau menambah ‘topping’ pada pizza tersebut.

Rujuk gambar ini beserta langkah di bawah:

  • Keluarkan dari ‘oven’
  • Sapukan sos. Seperti dalam gambar, saya buat 2 jenis. Satu lagi tidak bersos sebab anak-anak tak mahu pedas. Gunakan apa-apa sos kegemaran anda – Life, Kimball, dan sebagainya. Puan Ummul Alifah menggunakan Samano.
  • Taburkan ‘cheese’ yang telah disagat. Dalam gambar ini adalah keju cheddar. Kalau nak campur dengan mozarella pun sedap juga.
  • Letak mayonis ikut selera masing-masing.
  • Kalau rajin, boleh tambahkan sosej yang dipotong serong atau apa-apa bahan lain yang digemari.

cara buat pizza

8. Bakar Sekali Lagi

Selepas siap ‘topping’ atau hiasan tadi, masukkan semula ke dalam ‘oven’.

Bakar selama lebih kurang 10-15 minit, atau sehingga mayonis tidak lagi melekat pada tangan.

cara buat pizza

9. Siap

Inilah hasil ‘Pizza Gunting’ yang dah siap dipotong. Di dalamnya ala-ala murtabak roti, tapi lebih ‘marvellous’ kerana taburan keju dan mayonis yang mewah.

cara buat pizza

Selamat Mencuba!

Memang ‘simple’ sangat cara buat pizza seperti perkongsian Puan Ummul Alifah ini. Kalau dibawa ke majlis-majlis di pejabat atau sekolah anak pun tentu sesuai.

Jadi, jangan tak cuba ya!

 

*Perkongsian asal oleh Puan Ummul-alifah Salim ini melalui Facebook Masak Apa Hari Ini (MAHN) telah diterbitkan semula dengan kebenaran beliau.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×