Siapa cakap kalau nak buat pizza kena ada bahan macam orang Itali saja? Sebenarnya guna roti biasa pun dah boleh buat pizza tau! Bahan-bahan yang digunakan pun mudah untuk didapati di pasaraya. Dah ni penghujung bulan puasa ni, kadang-kdang bosan juga nak makan nasi dan ulang menu yang sama. Sekali-sekala, nak ubah juga selera. Apa lagi? Jom kita buat pizza ‘homemade’ ini untuk berbuka nanti!
Bahan-bahan
Roti Gardenia
Daging Kisar yang dah digoreng dengan sedikit minyak terlebih dahulu
Sos Pasta
Mozarella Cheese
Capsicum
LANGKAH 1
Saya guna loyang 8 x 8..sapu margerin atau butter pada loyang.
LANGKAH KEDUA
1 loyang boleh muat 4 keping roti
LANGKAH KETIGA
Sapu rata Sos Pasta, 1 tin boleh dapat dua loyang. Kalau nak jimat, boleh dapat untuk 3 loyang.
LANGKAH KEEMPAT
Tabur rata daging kisar.. nak letak ayam kisar pun sedap juga..atau apa-apa topping yang anak-anak suka.
LANGKAH KELIMA
Tabur capsicum kalau suka.. sedap juga bila letak capsicum ni tau.
LANGKAH KEENAM
Tabur rata Mozarella cheese.. kalau dapat tabur penuh lagi sedap tapi ni tadi mozarella cheese saya cukup-cukup je untuk 2 loyang.
LANGKAH KETUJUH
Bakar lebih kurang 15 – 20 minit pada suhu 180 atau mengikut kesesuaian oven.. bakar setakat cheese tu cair dan perang sikit ye. Ni tadi dah nak masuk waktu berbuka, tak cukup perang saya dah keluarkan dari oven, tapi macam ni pun sedap juga.
SIAP!
Sumber: Zalina Binti Zainal