Dapur

Resipi Cuppizza Ekspres Paling Senang, Sekali Masuk Mulut Mesti Nak Lagi!

448
SHARES

Kalau sebut saja pizza, pasti ramai orang akan menyukainya, terutama anak-anak kecil. Paling masalah bila teringin sangat nak makan pizza, tapi malas nak keluar rumah dan cari di kedai. Nak buat sendiri pula perlukan proses yang agak rumit. Jadi, apa kata anda cuba resepi yang dikongsikan wanita ini. Nampak sedap dan menyelerakan, sesuai juga dimakan pada bila-bila masa. Guna air fryer je!

RESIPI CUPPIZZA

Harini saya nak share 1 resepi simple dan cepat! Cuppizza, hehe taktau nak bagi nama apa. Sesuai untuk parties, breakfast or bekal roadtrip dalam kereta. Kalau roti tak habis, bila buat ni..silap-silap kena beli roti baru. Hehe.

BAHAN BAHAN UNTUK 5 KETUL PIZZA

Roti 3 keping

Telur 3 biji

Hotdog 2 (kalau nak)

Bawang holland

Mayonaise 1 sudu besar

Salt & Pepper

CARA-CARA:

Potong kesemua bahan-bahan tu bentuk dadu / nipis-nipis.

 

Gaulkan semua dalam mangkuk. Masukkan dalam bekas cupcake / muffin. Lepas tu sprinkle salt dan pepper.

Panaskan air fryer 5 minit suhu 180C. Bakar selama 10minit, suhu 160C. Dah siap!

Sumber: Eyqa Roslan

Most Popular

To Top