Peti ais atau peti sejuk yang dibiar lama kekotorannya hingga berbulan, memang susah nak hilang. Kalau hilang pun, pasti ada kesan warnanya yang tak sedap mata memandang.
Namun, tidak lagi dengan menggunakan pencuci peti ais yang dikongsikan Khairiyah Shahrudin ini. Biarpun harganya tidak sampai RM3 tapi kesannya sama seperti pencuci mahal yang mampu menghilangkan kotoran degil dalam sekelip mata!
Baca juga: Isteri Risau Kereta Tak Boleh ‘Start’, Rupanya Benda Ini Hilang Masa Kuncinya Terjatuh!
PETI AIS ‘DEEP CLEAN’ DENGAN PENCUCI HARGA MAMPU MILIK
Lamaaaa.. mengumpul kekuatan nak deep clean (pembersihan yang mendalam) peti ais.
Risau terhenti separuh jalan sebab ada kekotoran yang tebal dalam fridge. Risau tak dapat hilangkan kekotoran tu.
Almaklumlah, rumah orang tua. Bukan mudah nak membuang-buang dan mengemas-ngemas ini. Rasa semangat bila tengok ahli group ini mengemas.
Baca juga: Padanlah 10 Kali Bersihkan Rumah, Habuk Masih Ada, 7 Ini Punca Rupanya!
Ini cara saya bersihkan peti ais:
- Keluarkan semua barang.
- Buang semua yang dah tamat tarikh luput.
- Spray (pencuci Ganso) peti sejuk dan biarkan sebentar.
- Asingkan bahan makanan yang masih elok dalam bekas yang bersesuaian.
- Lap dan bersihkan semua bahagian peti sejuk.
- Lap dan pasang semula item yang berkaitan.
- Susun bahan yang nak disimpan.
Alhamdulillah. Bila berjaya bersihkan dan kemaskan, hanya Allah sahaja yang tahu betapa bersyukurnya dapat habiskan tugasan ini. Alhamdulillah!
Legaaa sangat peti ais dah kembali bersih seperti baru. Mujur juga ada pencuci Eco Shop ini.
Ya Allah, sangat-sangatlah membantu. Hampir habis sebotol ini saya kerjakan, semua kotoran degil itu hilang sekelip mata.
Baca juga: Ilmu Suntingan Paling Asas Naikkan Seri Gambar, Serius Ini Untuk ‘Beginner’ Je!
Ulangi proses mengelap dengan air biasa jika waswas
Kalau anda waswas dengan pencuci tersebut, seandainya bakal mengalami keracunan makanan dan sebagainya, Puan Khairiyah menasihatkan anda untuk mengulangi proses mengelap dengan menggunakan air biasa selepas itu.
Baca juga: Cara Cepat Pasang CANGKUK LANGSIR, Tak Lagi Pasang Cabut Banyak Kali!
Sumber: Khairiyah Shahrudin
FT Image: Khairiyah Shahrudin