Deko & Hias

Cara Cepat Pasang CANGKUK LANGSIR, Tak Lagi Pasang Cabut Banyak Kali!

11
SHARES
cangkuk langsir

Memasang cangkuk langsir, kadang-kadang boleh memakan masa sehingga berjam-jam lamanya. Mana tidaknya, selepas langsir dicuci pasti akan terkial-kial mahu memastikan kedudukan yang betul untuk memasukkan kembali cangkuk berkenaan.

Jika salah pasang, dah lain pula jadinya. Bukan sahaja tidak sama kedudukan, langsir pun kelihatan tidak kemas dan cantik seperti biasa. Terpaksa pula buka kembali. Leceh kalau berlaku situasi tersebut.

Baca juga: Pakar Industri Tunjuk Teknik Betul Seterika Pakaian, Ramai Salah Cara Selama Ini!

CANGKUK LANGSIR

cangkuk langsir

Gambar: leedsfurnishing59

Sebenarnya, kalau pembaca nak tahu terdapat tips yang mudah untuk memasang cangkuk langsir selepas dicuci seperti perkongsian Ct Mas Mohammad menerusi page #kemasrumahwithhani ini.

“Assalamualaikum. Malam ini saya nak share satu tips nak pasang langsir yang bercangkuk untuk langsir yang kita dah pasang dan nak basuh. Mungkin ada yang dah amalkan cara ini.

“Sebelum basuh langsir dan selepas buka cangkuk yang sedia terpasang, buat garisan dulu menggunakan marker pen sebagai tanda. Jadi, selepas langsir kering, senang kita nak pasangkan cangkuk itu semula,” ujarnya.

Baca juga: Trik Magik CERMIN Bebas Dari Kesan Cap Jari, Sentuh Banyak Kali Pun Tak Apa!

cangkuk langsir

Gambar: Ct Mas Mohammad

Menurutnya lagi, kaedah tersebut dapat memudahkan anda untuk memasang cangkuk setelah langsir sudah kering nanti.

“Tak perlu pening nak kira berapa jarak semula atau merenung balik kesan-kesan cangkuk sebelum basuh,” kongsinya lagi.

Baca juga: 5 Tips Jaga Kereta Putih Tak Mudah Menguning, Dari Jauh Nampak Suci Je!

Ada cara lain selain tanda lurus dikongsi oleh netizen

Menjengah di ruangan komen, ramai netizen yang berterima kasih kerana gembira atas perkongsian ideanya yang bernas ini.

“Hihi bagusnyaaa. Tak terfikir idea ini,” komen seorang netizen.

“Thank you sangat tips ini, saya bila dah basuh memang terkira-kira buka balik apa semua,” komen netizen lain.

“Haha tak terfikir pun dulu asyik tanya arwah mak je. Mak dekat dapur kita pergi jerit makkkkkk ini nak langkah berapa 2 ke 3? Hahaha. Alahai rindunya moment dengan arwah mak. Mohon share dan halalkan ilmu ini ye sis,” memori yang dikongsi seorang netizen.

Baca juga: Pelikkan Semut Suka Berumah Di Soket, Abang Pakar Kongsi Sebab & Cara Atasi!

Selain itu, anda bukan sahaja boleh membuat tanda lurus seperti diajar oleh Ct Mas Mohammad, tetapi boleh juga menggunakan idea seorang netizen ini.

“Sama, saya buat juga begini. Tapi cuma tanda ‘dot titik’ di setiap lubang masuk. Pen marker permanent. Label juga tingkap 1, 2, sliding dan bilik,” kongsi netizen tersebut.

Baca juga: Guna ‘Aluminium Foil’ Cuci Perhiasan Kusam, Terus Bersinar & Ada 4 Trik Lain!

Sumber: Ct Mas Mohammad

FT Image: Ct Mas Mohammad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×