Cantik

Pakar Industri Tunjuk Teknik Betul Seterika Pakaian, Ramai Salah Cara Selama Ini!

10
SHARES
seterika baju

Nak seterika baju, sebenarnya ada teknik yang betul untuk menghilangkan kedutannya. Melalui satu hantaran di laman TikTok @amir6917, telah dikongsikan satu kesilapan lazim ketika proses seterika yang mengakibatkan pakaian sukar untuk hilang kedutnya.

Makluman pembaca, Amir merupakan seorang pakar dalam industri jahitan yang kerap memberikan tunjuk ajar di media sosial. Jom, ikuti perkongsiannya dan cuba perbaiki teknik seterika pakaian selepas ini!

Baca juga: Trik Magik CERMIN Bebas Dari Kesan Cap Jari, Sentuh Banyak Kali Pun Tak Apa!

SETERIKA BAJU

seterika baju

Gambar: TikTok @amir6917

1. Teknik salah

Menurut Amir, ramai di antara kita yang apabila memegang seterika akan menggosok laju di atas pakaian.

“Kalau gosok laju-laju macam ni, sampai kiamat pun tak akan lurus (licin) baju awak,” ujar Amir berseloroh.

Baca juga: 5 Tips Jaga Kereta Putih Tak Mudah Menguning, Dari Jauh Nampak Suci Je!

2. Teknik betul

Amir setersunya menunjukkan cara seterika pakaian yang lebih efisien. Tak perlu terburu-buru, buat secara santai sahaja.

“Kena ingat, haba dari seterika memerlukan masa untuk melicinkan baju. Kalau awak gosok laju-laju, baju tu susah nak lurus.

“Cara yang sebetulnya, tekan seterika seketika ke atas pakaian dan kemudiannya baru tarik tolak dengan perlahan. Barulah haba itu ada masa untuk melicinkan baju,” jelas Amir lagi.

Baca juga: 5 Cara Berkesan Hilangkan Tahi Lalat Pada Pakaian & Fabrik!

Apa kata netizen?

Menjengah di ruangan komen, terdapat komen netizen yang menyatakan teknik tersebut adalah betul dan berkesan.

“Betul cara dia ajar…sebelum dia ajar saya dah praktis dulu memang berkesan,” komen seorang wanita.

“Kira teknik saya gosok baju selama ini betul lah, patutlah bini saya selalu mintak tolong saya gosokkan tudung dan baju kerja dia,” komen seorang suami.

“Terima kasih sharing ilmunya cikgu. Betul ramai tak bagi masa pada steam untuk bekerja,” komen netizen lain

Tapi, rata-rata warga maya juga memberikan komen tentang kesuntukan masa.

“Aku tak boleh fikir masa haba dah, aku kena fikir masa aku hahaha. Asalkan tak kedut dah lah, kemas…tapi esoklah cuba, macam best pula,” seloroh seorang netizen

“Haba nak masa tapi saya tak ada masa hahaha,” ujar netizen lain.

Baca juga: Guna ‘Aluminium Foil’ Cuci Perhiasan Kusam, Terus Bersinar & Ada 4 Trik Lain!

Nota penulis:

Dulu penulis pernah guna teknik di atas untuk menggosok uniform, memang berkesan! Tapi terpulanglah pada pembaca nak guna teknik macam mana, asalkan pakaian kemas tiada kesan kedut dan tak terbakar atau berlubang.

Baca juga: Pelikkan Semut Suka Berumah Di Soket, Abang Pakar Kongsi Sebab & Cara Atasi!

Sumber: Tiktok @amir6917

FT Image: Tiktok @amir6917

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×