Deko & Hias

Trik Magik CERMIN Bebas Dari Kesan Cap Jari, Sentuh Banyak Kali Pun Tak Apa!

19
SHARES
cap jari

Cermin adalah permukaan memantul yang cukup licin untuk membentuk gambaran atau bayangan yang seiras-iras objek yang menghadap ia. Di mana, ia juga mudah mempunyai kesan cap jari apabila disentuh tangan.

Pastinya, ramai tidak suka melihat ‘kotoran’ itu melekat pada cermin. Jangan risau! Penulis dah jumpa trik mudah dan berkesan untuk tidak meninggalkan kesan cap jari pada permukaan cermin rumah anda.

Baca juga: 5 Tips Jaga Kereta Putih Tak Mudah Menguning, Dari Jauh Nampak Suci Je!

CAP JARI TINGGAL KESAN PADA CERMIN

cap jari

Gambar: Instagram @thechadwick_home

Berikut merupakan trik mudah cermin bebas daripada kesan cap jari yang dikongsikan Alison Chadwick di laman Instagramnya.

Bahan-bahan dan cara penyediaan:

  1. Campurkan semua bahan-bahan di atas.
  2. Kemudian, tuangkan ke dalam botol semburan.
  3. Semburkan kepada permukaan cermin.
  4. Lap menggunakan kain sehingga kering.
  5. Nak lebih kering, boleh gunakan pembersih hampagas basah (wet/dry vacuum).

Selain cermin, trik ini juga berfungsi hebat pada kabinet almari. Lepas ini, tiada dah kesan jari!

Baca juga: Pelikkan Semut Suka Berumah Di Soket, Abang Pakar Kongsi Sebab & Cara Atasi!

Baca juga: Guna ‘Aluminium Foil’ Cuci Perhiasan Kusam, Terus Bersinar & Ada 4 Trik Lain!

APAKAH ‘RINSE AID’?

cap jari

Gambar: Instagram @thechadwick_home

Melihat kepada komen di video tersebut, rinse aid merupakan satu bahan yang tidak ramai orang tahu mengenainya.

Alison Chadwick menjelaskan, rinse aid adalah bahan yang ditambahkan pada mesin mencuci pinggan (dishwasher) untuk menghilangkan kesan air pada perkakas setelah proses pencucian.

Melalui portal SYAF, rinse aid merupakan suatu bahan yang membantu mempercepatkan proses pengeringan atau penghilangan air setelah mencuci perkakas dapur seperti pinggan. Ejen bantuan bilas ini mengandungi bahan kimia yang dipanggil surfaktan, yang menurunkan ketegangan permukaan air.

Daripada membentuk titisan, air akan menyebar ke permukaan yang serta-merta berguling dari objek yang dibasuh. Ini bermakna perkakas anda lebih cepat kering.

Mana nak beli?

Kebiasaannya, rinse aid diberikan sebagai sampel percuma semasa anda membeli mesin mencuci pinggan.

Di pasaran, rinse aid dijual di bahagian yang sama dengan rak cecair pencuci pinggan. Cari sahaja botol yang berlabel rinse aid.

Baca juga: Tips Simpan ‘Car Seat CRS’ Anak Berbulan Dalam Stor, Elok Je Tak Ada Kulat!

Video penuh:

Baca juga: Letakkan Uncang BERAS Dalam Almari, Esok Pagi Jangan Pelik Ada Bau Harum!

Sumber: Instagram @thechadwick_home / SYAF

FT Image: Instagram @thechadwick_home

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×