Buat anda yang bakal mendirikan rumah tangga, sebaik sahaja ‘confirm’ bakal mengadakan majlis kenduri sudah semestinya perkara pertama akan dilakukan adalah mengedarkan kad undangan. Namun kini, selari dengan kecanggihan yang ada, menggunakan kad jemputan kahwin digital adalah paling memudahkan.
Malah, oleh kerana terlampau canggih, ada juga kad kahwin digital yang sudah siap dengan ‘tab hadiah’ di mana para tetamu tak perlu pening dan keluar membeli hadiah perkahwinan kepada pengantin. Hanya klik dalam kad itu dan siap link ke Shopee dan IKEA!
Baca juga: DIY Kad Jemputan Kahwin Guna Microsoft Publisher, Dah Siap Template, Mudah & Jimat!
KAD JEMPUTAN KAHWIN DIGITAL VIRAL SIAP ADA LINK SHOPEE & IKEA!
Menerusi video dari perkongsian akaun TikTok @alwee_ali96, pengguna itu menunjukkan rekaan kad kahwin digital rakan sepejabatnya yang dikenali sebagai Amirul.
Menariknya dalam kad kahwin digital alaf baharu ini adalah mempunyai ‘tab hadiah’ yang memudahkan tetamu untuk memberi hadiah kepada pasangan raja sehari tersebut. Malah, maklumat asas lain seperti majlis seperti tarikh, masa dan lokasi, sememangnya diletakkan dalam kad jemputan tersebut.
Tab hadiah ini sangat menarik dan dapat dilihat senarai hadiah yang boleh diberikan kepada pengantin antaranya seperti set pinggan mangkuk, peralatan dapur, peralatan elektrik seperti penghawa dingin, peralatan rumah seperti tong sampah, tangga dan cadar.
Malah lebih menarik, setiap barangan tersebut dilengkapi dengan pautan ke Shopee dan Ikea bagi memudahkan tetamu memberi hadiah dan dihantar secara terus kepada pengantin. Ternyata, makin ‘advance’ ya!
NIAT PENGANTIN NAK MEMUDAHKAN ORANG RAMAI…
Oleh kerana perkongsian kad digital itu mendapat sambutan namun pihak pengantin menegaskan bahawa mereka tidak mengharapkan apa-apa dari tetamu namun terbuka untuk menerima sebarang hadiah seikhlas hati jika diberikan. Kemudahan yang ada dalam kad kahwin ini juga diniatkan supaya tidak orang yang ingin memberi hadiah tidak perlu berfikir dan ke sana ke mari.
Video yang telah mendapat lebih 320,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial. Ramai yang begitu kagum dan ingin cuba lakukan perkara yang sama kepada kad undangan perkahwinan sendiri nanti.
Menerusi balasan pemilik video di ruangan komen, difahamkan rekaan kad kahwin tersebut merupakan hasil kerja syarikat e-Kad, jemputan.me. Tidak kurang juga ada yang bergurau menyatakan tetamu boleh ‘mengenakan’ pengantin dengan membuat kaedah pembayaran Cash On Delivery (COD) ketika membeli hadiah tersebut!
@jemputan.meHello everyone! Dah nak hujung tahun ni mesti ramai nak buat majlis kahwin kan? Jom order digital kad kahwin dengan kami. Unlimited edit chuolls! Visit jemputan.me for further info ❤️😘😘♬ original sound – z – rr ༘˚⋆𐙚。⋆𖦹.✧˚
*Hmmm, macam menarik juga kalau buat kad kahwin digital macam ini juga ya? Kena ‘booking’ awal!