Buat bakal pasangan pengantin yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan tidak lama lagi, pasti tengah sibuk untuk menyelesaikan segala persiapan. Ini termasuk juga dengan kad jemputan majlis yang akan diedarkan orang ramai namun ada yang memilih untuk DIY sahaja kad tersebut. Macam mana nak DIY? Adakah ada template kad kahwin yang senang?
Berikut merupakan tutorial untuk anda DIY sahaja kad kahwin dengan mudah dari A-Z. Bukan sahaja cantik, malah bila buat kad kahwin sendiri ini lebih menjimatkan kos!
Baca juga: Aplikasi MAE Dengan Betul, Patutlah Sebelum Ini Kena ‘Reject’!
DIY KAD JEMPUTAN, INI TEMPLATE KAD KAHWIN YANG MUDAH
Langkah-langkahnya adalah:
1.Cari dan save gambar border.
2.Lukis gambar peta dan save.
3.Buka Microsoft Publisher.
4.Pilih ‘Invitation Cards’.
5.Pilih 1/4 Letter Side Fold. Terus boleh pilih template dan jenis saiz yang kita nak, kalau boleh kita nak satu kertas A4 muat 4 keping kad tau.
6.Kemudian, tekan NO sebab kita nak duplicate sahaja.
7.Set margin kepada- Narrow
8.Insert Picture- Masukkan border yang dah cari dan save sebelum ini. Dekat Google banyak website yang provide border bunga lawa-lawa. Rajin-rajinlah membelek….
9.Adjust gambar border bunga ‘ngam-ngam’ dalam kotak. Kemudian, masukan pula Text Box untuk taip TAJUK KAD.
10. Tapi dengan menggunakan font yang menarik. Contoh, Kad Kahwin bahagian depan. Font yang sedia ada dalam Microsoft terhad, tak banyak yang menarik. Jadi, kalau nak download, boleh pergi ke website dafont.com . Rambang mata pilih font.
11.Klik ke page 1 dan kemudian pilih ‘INSERT DUPLICATE PAGE’. Duplicate page sehingga jadi 4 semuanya.
12.Save file tadi kepada ‘DEPAN’. Kemudian, kita buat pula kad untuk bahagian belakang. Step yang sama, buka Publisher, pilih template & size, set margin narrow.
13.Kad depan tadi kita letak border bunga kan? Yang belakang ni Kam nak guna basic shape je. Tak nak letak border bunga. Lepas dah masuk shape, masukkan pula Text Box untuk taip ayat jemputan dan detail majlis.
14.Kemudian masukkan gambar peta yang sudah siap dilukis.
15.Adjust saiz peta mengikut ketinggian supaya elok-elok boleh dibaca.
16.Macam kad bahagian depan juga, klik PAGE 1 dan INSERT DUPLICATE PAGE sehingga menjadi 4 semuanya.
17. Jangan lupa SAVE file tadi as BELAKANG. Ok, sekarang dah ada depan & belakang. Boleh buka dan print bahagian depan belakang ya.
*Siap! Kad kahwin secara DIY juga turut menjimatkan kos perkahwinan anda..
Baca juga: Terpaut Hati Dengan Abang Duda? Jaga-Jaga, Semak 5 Perkara Ini Dahulu Sebelum Kahwin..
Sumber: CikPuan Kam