Famili

Pentingkan Dahulu Nafkah Anak Kandung, Tak Wajib Pun Tanggung Nafkah Anak Tiri- Peguam

162
SHARES

Bila berlaku perceraian dalam kalangan pasangan khususnya yang anak-anak, pasti akan timbul masalah berkaitan hak penjagaan dan nafkah anak-anak. Biasalah, ada yang akan mula culas apabila tanggungan mula berada jauh dan dijaga oleh ibu. Jika anda merupakan ayah yang bertanggungjawab, sudah pasti tak akan lari dari tanggungjawab!

Berikut merupakan penjelasan dari seorang peguam mengenai kepentingan untuk mendahului penjagaan nafkah anak kandung berbanding anak tiri. Mungkin ada dalam kalangan anda yang masih keliru, namun ini penting bagi menjaga keharmonian hubungan antara ayah dan anak kandung juga.

Baca juga: “Tiada Istilah Payung Emas, Ia Hadis Palsu”- Dr.Zulkifli Jawab Kenyataan Ramai Wanita Masuk Neraka Sebab Tolak Poligami

NAFKAH ANAK KANDUNG VS ANAK TIRI

Nafkah terhadap anak adalah menjadi kewajipan terhadap bapa kandungnya. Meskipun anak tersebut berada di bawah jagaan ibu atau yang lain.

Jika seorang lelaki telah berkahwin baru dengan janda atau balu yang mempunyai anak, tidak menjadi kewajipan untuk seorang lelaki itu menanggung nafkah anak-anak tersebut. Tanggungjawab menanggung nafkah anak-anak tiri adalah kepada bapa kandungnya.

Seksyen 73. Kewajipan menanggung nafkah anak, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Pulau Pinang 2004 memperuntukkan bahawa:

(1) Kecuali jika sesuatu perjanjian atau sesuatu perintah Mahkamah memperuntukkan selainnya, maka adalah menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan membayar kosnya.

BAGAIMANA JIKA BAPA KANDUNG CUAI DAN CULAS?

Bagaimana jika bapa kandung kepada anak tiri tersebut cuai dan culas dalam menyediakan nafkah anak atau telah meninggal dunia?

Jika begitu keadaannya, kewajipan menanggung nafkah anak tersebut adalah kepada keluarga bapanya. Bagaimana jika nafkah kepada anak-anak kandung telah sempurna? Nafkah anak adalah meliputi:-

– makanan
– pakaian
– tempat tinggal
– perubatan
– pendidikan

Adakah kelima-lima nafkah tersebut dipenuhi atau sekadar memberikan RM200 kemudian pandai-pandai lah si isteri / bekas isteri untuk mencukupkan keperluan lain? Sedangkan kita mempunyai lebihan pendapatan. Jika begitu, belum sempurna nafkah tersebut.

Jika kelima-lima tersebut telah pun disempurnakan untuk isteri dan anak kandung, lebihan harta tersebut boleh diagihkan kepada orang di bawah tanggungan yang lain iaitu:-

– Bapa
– Ibu
– Cucu
– Datuk
– Saudara terdekat
– Ahli keluarga berikutnya

Jika sempurna semuanya dan ada lebihan pendapatan, baru lah boleh diserah atau dihadiahkan kepada yang layak.
Datuk, bapa saudara dan ahli keluarga bapa yang lain mestilah cakna jika ada cucu, anak saudara yang tidak diberikan haknya atau kematian bapa. Ambil kembali tanggungjawab masing-masing.

Anak yang diberikan Allah adalah amanah untuk diri kita dan kewajipan menanggung nafkah ialah suatu perkara yang akan disoal Allah di akhirat kelak. Sama-sama kita perbaiki mana-mana bahagian yang kurang.

Wallahualam..

Sumber: Peguam Syarie Farah Diyana

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×