Hebahan

Anda Boleh Jimat Sehingga RM600! – Dapatkan #PekSenangRaya Dari Grab Dengan Hanya RM2!

1.1K
SHARES

Tak lama lagi kita bakal menyambut perayaan Aidilfitri. Rasanya baru mula puasa semalam kan? Admin yakin ramai antara anda sedang sibuk buat persiapan raya, beli baju, hias rumah, buat kuih dan sebagainya.

Biasanya, hujung minggu kita akan shopping sakan beli semua keperluan. Dari satu mall, ke pusat bandar Kuala Lumpur, Shah Alam, SOGO dan sebagainya. Sempat ke nak buat semua tu dalam sehari?

Percaya tak kalau admin kata aplikasi Grab boleh jimatkan masa anda dalam melengkapkan segala persiapan raya? Jadi, anda ada banyak masa yang boleh diluangkan bersama keluarga dan rakan-rakan!

#PekSenangRaya dari Grab, jadikan Aidilfitri anda mudah & meriah!

Apa yang anda boleh dapat dengan #PekSenangRaya dari Grab ni? Haa, dengan hanya RM2, anda boleh dapat tawaran bernilai sehingga RM600 sepanjang musim perayaan Aidilfitri kali ni. Ya, betul! RM600! Banyak kan? Boleh beli 6 pasang baju raya tu!

#PekSenangRaya dari Grab ada 41 kod promo atau baucar yang anda boleh gunakan untuk naik Grab, pembelian dan servis penghantaran makanan di GrabFood, penghantaran bungkusan melalui GrabExpress, tawaran pelancongan, pakaian dan produk kecantikan dan pembayaran di restoran, cafe dan banyak lagi dengan GrabPay Credits.

Tunggu apa lagi? Buka aplikasi Grab anda dan beli #PekSenangRaya di laman utama aplikasi. Kempen ini akan tamat pada 17 Jun 2019 dan stok sangat terhad!

Baucar atau kod promo apa yang Grab tawarkan dalam #PekSenangRaya ni?

1. Potongan 20% di GrabFood dan 20% rebat bila anda buat pembayaran dengan GrabPay di kedai seperti Domino’s, The Alley, Baskin Robbins, Ben’s, Boat Noodle, McDonald’s, Secret Recipe, Dave’s Deli dan banyak lagi!

Kalau tak nak pening berasak dalam kesesakan lalu lintas atau di mall untuk buka puasa nanti, GrabFood kan ada! Kalau dah di luar tu, bayar saja dengan GrabPay – ringan sikit beban sebab ada rebat.

2. Rebat 20% bila anda shopping dan buat pembayaran dengan GrabPay Credits di Fashion Valet, Poplook dan Bubble Gum Wax. Jimat 20% storewide di Laneige, The Body Shop dan Lazada dengan menggunakan baucar. Wah, jimat duit nak shopping baju dan persiapan raya macam ni!

3. Potongan 20% dengan pembelian pakej di KLOOK, OYO dan rebat 20% untuk pembelian tiket di KLIA Express. Siapa yang selalu stay hotel sebab rumah kat kampung tak muat untuk seluruh keluarga berkumpul, memang berbaloi dapatkan #PekSenangRaya ni!

4. Potongan RM3 bila anda menaiki Grab dan potongan 20% untuk penghantaran di GrabExpress. Tak perlu susah-susah cari parking bila pergi bazar Ramadan atau buka puasa kat rumah kawan. Jimat kan?

Kalau tak sempat nak datang rumah kawan-kawan, anda boleh hantar hamper atau kuih raya dengan GrabExpress (di Lembah Klang sahaja).

Bagaimana nak dapatkan #PekSenangRaya dari Grab ni?

  1. Buka aplikasi Grab (Download sekarang di iOS dan Android dan daftar seperti biasa).
  2. Klik pada Pek Senang Raya di laman utama aplikasi Grab anda.
  3. Slide untuk membeli dan buat pembayaran RM2 dengan GrabPay Credits(Belum aktifkan wallet? Lihat sini).
  4. Selesai buat bayaran, semua kod promo dan baucar anda ada di GrabRewards > My Rewards.

Sebelum buat pembelian #PekSenangRaya, pastikan anda sudah menambah nilai GrabPay wallet. Itu saja! Senang kan? Cepat, beli sekarang!

Dah sedia untuk beli? Anda boleh klik terus link ini jika anda sedang membaca artikel ini dari telefon bimbit. Sekarang, anda boleh duduk dan relaks!

Selain #PekSenangRaya, Grab juga ada fungsi yang berguna untuk anda sempena Ramadan & Raya

Lebih-lebih lagi di bulan Ramadan semua nak lebih yakin dengan waktu solat, berbuka dan sebagainya. Korang tak perlu download aplikasi baru untuk check waktu solat tau.
Apa kata buka aplikasi Grab korang, dekat laman utama aplikasi Grab korang boleh scroll dan lihat Prayer Times widget yang menyenaraikan waktu solat dan lokasi masjid terdekat. Malah, korang boleh set reminder bila tiba waktu solat tau, Grab akan beri notifikasi untuk ingatkan korang – hebatnya!

Apa kata ubah sikit cara anda bagi duit raya tahun ni ke arah yang lebih ‘moden’. Kita bagi duit raya melalui GrabPay saja. Tak perlu susah-susah beratur dekat bank lagi untuk tukar duit! Caranya…

  1. Tekan ‘Pay‘ dekat laman utama aplikasi Grab anda.
  2. Pilih ‘Mobile Number‘ di bahagian bawah kanan skrin.
  3. Pilih nombor telefon penerima duit raya anda.
  4. Masukkan jumlah GrabPay Credits yang anda nak beri dan slide untuk menghantar. Senang saja!

*Pastikan anda set up GrabPay wallet & nombor telefon penerima berdaftar dengan Grab dan mempunyai aplikasi Grab serta akaun GrabPay wallet mereka sudah diaktifkan.

Tunggu apa lagi? Kalau belum download aplikasi Grab, cepat download sekarang dan dapatkan #PekSenangRaya dari Grab untuk menikmati tawaran serta fungsi dan ciri hebat dari Grab.

Untuk terma dan syarat pembelian dan cara penggunaan #PekSenangRaya dari Grab ni, layari laman web Grab.

Selamat Hari Raya dan Selamat Senang Raya dari Grab dan SirapLimau. 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×