Nur

[VIDEO]”Suami Curang Boleh Tak Minta Cerai?”-Ustaz Azhar Idrus Jelas 5 Sebab Isteri Minta Cerai Tapi Tak Dosa

47
SHARES

Sudah menjadi satu lumrah dalam menjalani alam rumah tangga. Hal ini kerana sudah pastinya akan terdapat perselisihan faham antara pasangan. Kebanyakkan pada awal perkahwinan semuanya manis, namun setelah melebihi beberapa tempoh tertentu akan melangkah satu fasa yang dipanggil bosan akan pasangan sendiri.

Walau bagaimanapun, setiap pasangan pastinya mahu yang terbaik dan tidak mahu mengakhiri mahligai yang dibina dengan perceraian. Tetapi boleh kah isteri yang meminta cerai kepada suami atas sebab suami curang atau atas sebab apa yang membolehkan isteri minta cerai? Haaa, jom teruskan membaca untuk mendapatkan jawapan.

Baca juga: [VIDEO] Kenduri Kahwin Belah Lelaki Adalah Sunat, Belah Perempuan Harus – UAI

USTAZ AZHAR IDRUS JELAS 5 SEBAB ISTERI MINTA CERAI TAPI TAK DOSA

Mana-mana isteri yang sengaja minta cerai kepada suaminya tanpa kejahatan apa-apa maka dia diharamkan masuk syurga maknanya masuk neraka lah. Melainkan jika dibenarkan syarak.

Ada 5 perkara biasa yang boleh menyebabkan orang perempuan boleh minta cerai dan tidak berdosa:

1. Suami tidak beri nafkah. Makan minum pakaian tidak beri.

2. Suami melarang melakukan yang wajib. Melarang menutup aurat, larang pakai tudung, larang sembahyang, larang puasa.

3. Suami suruh buat haram . Suruh minum ketum, suruh liwat dan sebagainya.

4. Suami dera. Dera maksudnya sampai patah habis pecah muka bini disepak ditumbuk.

5. Suami dipenjara. Ada negeri 3 tahun ada negeri 4 tahun. Kalau penjara 2 bulan tak boleh lah minta cerai

Kalau suami curang, kita tegur suami. Kalau suami tak jadi apa juga, masih melakukan perkara haram maka kita minta mahkamah syariah beri kaunseling suami. Kalau degil juga maka terpulang kepada kita. Ada alasan yang munasabah.

VIDEO PENUH

@bankdakwah97

#ustazazharidrus #xy #islamic #fypシ #ceramah #dakwah #fyp

♬ سبحان الله – Ali Dawud

Sumber: Tiktok bankdakwah97

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×