Nur

[VIDEO] Kenduri Kahwin Belah Lelaki Adalah Sunat, Belah Perempuan Harus – UAI

5
SHARES

Sebelum menjelang hari bahagia, pelbagai persiapan perkahwinan perlu dirancang beberapa bulan awal bagi mengelakkan kecacatan berlaku pada hari perkahwinan nanti. Persiapan perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang boleh diambil mudah. Pelbagai perkara yang harus diteliti dan dipersiapkan daripada sekecil-kecil hiasan bunga tangan sehingga sebesar-besar urusan borang nikah.

Setiap pasangan pastinya telah mempunyai bajet yang tersendiri. Lagi besar dan mewah, harganya pun mestilah besar dan mewah juga, tetapi bagaimana dengan pasangan yang hanya mempunyai bajet yang rendah atau mahu mengadakan majlis sebelah pihak sahaja? Haaa, belah siapa sebenarnya yang perlu dilakukan lelaki atau perempuan? Jom baca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

Baca juga: OOTD Dengan Anak Tapi Macam Kakak & Abang, Ozlynn Kongsi Nikmat Kahwin Muda

MAJLIS PERKAHWINAN MENGIKUT HUKUM ISLAM

Seorang pengguna media sosial telah memuat naik satu perkongsian di laman Tiktok yang dikenali sebagai MUIZ|KEDAP mengenai satu soalan yang ditanyakan oleh salah satu jemaah telah dijawab oleh penceramah tersohor Ustaz Azhar Idrus.

Jika anak perempuan nak kahwin siapa kena keluar belanja kahwin tersebut? Mana ada belanja anak perempuan. Jika mak bapa dia nak buat kenduri maka mak ayah lah kena belanjakan.

Pengantin perempuan mana sunat kenduri kahwin. Pengantin lelaki je yang sunat. Hukum pengantin perempuan mengadakan majlis perkahwinan adalah harus. Nak buat boleh tak ada masalah, tak buat pun boleh. Itu adalah hukum Islam.

Dalam Islam, bila kahwin pengantin lelaki sahaja yang sunat buat kenduri.

VIDEO PENUH

@muizkedap

Kenduri kawin belah perempuan, laki kena tanggung? #ustazazharidrus #muizkedap

♬ Dandelions (slowed + reverb) – Ruth B.

Sumber: Tiktok MUIZ|KEDAP

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×