Dalam menjalani sebuah kehidupan, sebaiknya kita mempunyai perancangan dalam setiap tindakan agar kehidupan kita mempunyai matlamat yang jelas. Malah, setiap manusia pastinya akan merancang untuk menuju ke alam perkahwinan. Haaa, suka lah tu kalau cakap mengenai perkahwinan.
Lagi menyeronokan apabila disebut mengenai nikmat berkahwin muda. Tahukah kita perkahwinan bukan sahaja yang indah-indah tetapi akan ada pelbagai dugaan yang mendatang. Lebih-lebih lagi apabila kita berkahwin pada usia yang muda perlu lebih banyak buat persediaan sebelum menamatkan zaman bujang.
Baca juga: 14 Tips Persediaan Bakal Suami Sebelum ‘Bina Masjid’, Lelaki ‘Single’ Wajib Baca!
OZLYNN WATI KONGSI NIKMAT KAHWIN MUDA
Pelawak dan penyampai radio, Johan dan isterinya Ozlynn Wati sering kali mendapat perhatian daripada netizen setiap kali perkongsian yang dimuat naik di laman media sosial mereka. Baru-baru ini satu posting di laman Instagram Ozlynn Wati berkongsi kehidupan bersama suami dan anak-anak walaupun mereka berkahwin pada usia yang muda.
Bila anak bujang ajak dating, tak berjanji pun nak pakai style sama atau warna sama. Tau-tau je bila jumpa kat bawah. Aikkk? Sama arr, so lets ootd. Haihh orang selalu tanya Ozlynn betul ke tu anak bujang you. Habis tu, tu la untung kahwin muda, kahwin pun sebab abah dengan mak suruh kahwin. Kalau tak mau sekarang ni aku hohaaaa entah ke mana.
Orang selalu tanya, best ke kahwin muda? Aku akan jawab, hilang lah zaman muda nak berhuhaaa dengan rakan sebaya. TAPI! Haaa ada tapi dia kalau pasangan kita jenis memahami dan hebat ilmu agamanya, InsyaAllah segalanya mudah. Maksud aku mudah bukan bererti tak ada ujian tidak, pasti akan ada pasang surutnya yang bagusnya bila dapat suami yang berilmu ni, dia tahu jalankan tanggungjawab dia.
Paling hebat bila KESABARAN nya diuji sampai sekarang diuji dan perangai aku masih macam dulu. Kadang sama naik dgn anak yang nampak berubah pandai manage time, pandai cari duit, pandai masak , yang lain-lain INSYAALLAH, bakal menyusul.
Ok bukan tu saja yang paling best bila kita belum masuk angka 4 anak pun dah remaja so bila berjalan dengan anak kita akan nampak sentiasa remaja ibarat kakak dengan adik-adik. Tapi ada juga yang tak best, bila kau rasa dah cukup sebab anak-anak dah besar kau pun dah boleh cuti-cuti and ber-me time, encik suami lak order nak baby lagi. Eh dia ingat aku kilang baby ke apa?! Haaa dah kena main kejar-kejar balik, tup-tup 6 org dah. Lepas ni kalau dia order lagi memang aku luku kepala laki aku. Ni bahagian yang best jek aku story tau yang penat lelah tak cukup tidur anak tak sihat semua tak payah semua lah sebab aku bersyukur sesangat apa yg ada sekarang nih.
Kehidupan yang biasa-biasa apa pun aku tetap tak kan lupa mendoakan kalian yang masih belum bertemu jodoh, semoga ditemukan jodoh yg baik-baik, yang mana belum punya cahaya mata, semoga Allah beri peluang untuk kalian merasa mengendong, melahirkan dan membesarkan zuriat sendiri, yang mana memelihara anak angkat semoga kalian dilindungi Allah kerana sudi membesarkan dan berkongsi kasih dengan anak yang bukan dari rahim kalian.
Sumber: Instagram Jozlynnhanania