Suami Isteri

Rasa Paling Banyak Jasa & Amal, Itu Yang Hati Tak Lapang Urus Keluarga, Sila Ubah ‘Mindset’!

2
SHARES
alam perkahwinan

Alam perkahwinan merupakan antara medan kebaikan buat diri mencari reda dan syurga Allah SWT. Jadi, bukan senang untuk mempunyai hati yang lapang dan berasa cukup dalam rumah tangga kerana manusia itu tidak sempurna.

Bagaimanakah cara untuk mempunyai kelapangan hati dan rasa yang cukup tanpa perlu iri dengan rezeki keluarga lain? Ikuti perkongsian bermanfaat Wan Nur Syakira di bawah.

Baca juga: Ramai Wanita Kini Selesa Hidup Sendirian Bukan Sebab Tak Laku, Tapi Kajian Temui Jawapan Menarik!

ALAM PERKAHWINAN

alam perkahwinan

Jangan ada ‘mindset’ bahawa diri paling banyak berjasa dalam keluarga

Tersentak betul saya mendengar tazkirah Ustazah Nurhafizah Musa satu ketika dulu dan saya ingat sampai sekarang.

Nak hati lapang dalam menguruskan rumah tangga, jangan merasakan kita paling banyak berjasa.

  • Paling banyak jasanya
  • Paling banyak khidmatnya
  • Paling banyak amalnya

Dan kita layak menerima balasan dan layanan baik sepanjang masa daripada anak, suami, keluarga.

Ustazah tekankan, jangan ada mindset sebegitu!

Manusia boleh balas dengan kemampuan dia sahaja. Buat apa-apa, berharaplah pada Allah Yang Maha Kaya. Allah yang boleh balas setiap amal kita dengan balasan semahal-mahalnya.

Baca juga: Jodoh Tak Panjang, Ini 8 Pasangan Selebriti Bercerai Di Tahun 2024, Tapi Ada Yang Kasih Bertaut Kembali?

Hati mudah tak cukup dengan penghargaan bila rasa diri banyak berjasa 

Saya refleksikan peringatan ini untuk situasi saya sebagai suri rumah.

Bila kita menjadi suri rumah yang menguruskan A to Z di rumah, kita akan mudah merasa kitalah yang paling banyak berjasa dan berbakti pada keluarga.

  • Banyak perkara di rumah kita yang uruskan
  • Banyak keperluan yang kita santuni
  • Banyak kasih sayang dan perasaan yang dicurahkan

Jadi, mudah untuk hati kita merasa tak cukup dengan penghargaan untuk kita yang dah banyak “berjasa”.

Pasangan dan anak-anak kita sememangnya manusia biasa. Sudah pasti tidak boleh memberikan semua yang memuaskan hati kita.

  • Binalah rasa cukup dengan balasan Allah sahaja
  • Rasa cukup dengan penglihatan Allah sahaja
  • Rasa cukup dengan kiraan Allah
  • Rasa cukup dengan kemampuan pasangan dan anak-anak menghargai kita
  • Rasa cukup dengan kebaikan yang pasangan dan anak-anak berikan kepada kita

Selalunya kita dah dapat banyak, tetapi mata kita melihatkan apa yang kita tak dapat. Selalunya kita dah dapat nikmat yang luas, namun pintu syukur kita yang sempit. Kerana kurangnya rasa cukup dan qanaah dalam hati.

Ditambah pula zaman media sosial, hal rumah tangga orang lain pun kita dapat tahu. Lalu, kita membandingkan rumah tangga dan keluarga kita dengan keluarga mereka.

Yang mana akan mencabut rasa cukup dalam hati kita. Dek banyaknya melihat nikmat orang lain.

Baca juga: Adik-Beradik Lelaki Sebelah Suami Semua Rajin Belaka, Sampaikan Isteri Terkejut Bukan Kepalang!

Buat pada pada keluarga adalah jalan mencari keredaan

alam perkahwinan

Gambar: tirachardz

Percayalah, amal baik dan perbuatan cinta kita tak sia-sia. Mindset sebegini buat kita tenang dan bahagia saja walau tak dihargai setiap masa.

Kerana kita tahu mereka manusia biasa dan yang menilai kita tanpa lupa, Allah yang Esa. Kita hidup untuk Allah semata-mata.

Pasangan, anak-anak, keluarga, kerjaya, semuanya jalan kebaikan kita untuk cari REDA dan syurga Allah, bukan untuk memuaskan nafsu kita semata.

Baca juga: “Sebelum Tambah Anak, Tambah Bilik Dulu” Jangan Aniaya Zuriat Kalau Hak Ini Tak Mampu Disediakan!

Sumber: Wan Nur Syakira

FT Image: Google

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×