Suami Isteri

Buat Para Wanita, Sabarlah Dengan 10 Perangai Suami Ini Selepas Kahwin Nanti…

46
SHARES

Kata orang, ketika bercinta semuanya indah. Namun, anda akan ketahui perangai sebenar pasangan setelah selesai mendirikan rumah tangga di mana ada yang menjurus kepada penceraian gara-gara perangai tidak sama seperti dahulu. Oleh itu, khususnya buat para wanita, terdapat beberapa perangai suami yang anda harus sabar dan terima setelah berkahwin nanti. Maklumlah, tidak semua orang sempurna…

Baca juga: 6 Fakta Menarik Kenapa Wajah Suami Isteri Selalunya Seiras

BUAT PARA WANITA, SABARLAH DENGAN 10 PERANGAI SUAMI SELEPAS KAHWIN NANTI…

1. Tupperware. Bagi lelaki semua bekas makanan sama je, tupperware juga walau beli kedai 2 ringgit.

2. Membebel. Dengan lelaki ni tak boleh cakap sekali je kalau tegur, tak meresap dalam jiwa kena cakap ulang ulang baru terkesan di jiwa.

3. Cari barang. Cari apa semua tak jumpa, tu la lelaki.

4. Marah alih barang. Ini memang pantang orang lelaki, tak boleh alih barang dia. Tu datang point no.3 tadi.

5. Baju lepas pakai. Sabar je la kalau baju & seluar lepas pakai banyak tergantung sepi. Hujahnya, “baru pakai sekali..”

6. Flush toilet. Kadang kadang memang akan ada masanya lelaki terlupa nak flush lepas guna. Bukan sengaja tapi nak cepat.

7. Kena cakap spesifik. Dengan lelaki tak boleh cakap berlapik lapik sangat, dia tak faham atau lambat catch up.

8. Beli barang. Beza lelaki dengan perempuan, lelaki kalau di suruh beli sardin dia akan beli sardin je, perempuan beli sardin sekali beli bawang, minyak, kicap, cili dan mungkin boleh penuh satu troli.

9. Nak cepat je. Tabah la, lelaki tak akan boleh faham seni wanita bersiap. Cara lelaki bersiap sarung sarung jalan je, wanita sarung tengok cermin, tak okey sarung lain tengok cermin lagi. Gitu la.

10. Rimas. Jangan pelik lelaki boleh tak rasa rimas tengok rumah bersepah, elok je dia duduk melepak depan tv.

Sesungguhnya lelaki hanya menunjukkan kelemahan dia di depan wanita sahaja.

Sumber: Mohd Fhais Salim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×