DIY & Kraf

Mop Karpet Rumah Hanya Guna 3 Bahan, Confirm Bersih & Karpet Jadi Baru!

28.8K
SHARES

“Adui karpet ni.. vakuum banyak kali pun masih berhabuk…nak buat macam mana lagi..”

Setiap hujung minggu para wanita pasti bertungkus-lumus bersihkan rumah terutamanya karpet kerana habuk dan debu akan terlekat pada permaidani. Kebanyakan orang akan vakuum dan sapu karpet tapi, habuk-habuk masih lekat. Jadi, wanita ini kongsi tips mop karpet supaya karpet sentiasa bersih dan nampak baru!

TIPS MOP KARPET

Siapa yang pernah mop karpet? Kelakar kan mop karpet? Fana tau karpet boleh mop dari sorang maid ni, bila dia mop karpet, Fana tanye dia (karpet boleh mop ya?) Iya boleh la puan kasi habuk nya nyah, biasa lepas vakum pasti ada habuk dan kuman)

So dari situ Fana belajar setiap seminggu sekali Fana mop semua karpet yang ada dalam rumah, semput jugak dik oi macam nak tercabut jantung kak Fana. Tapi lepas mop tu korang akan rasa macam karpet baru yang bersih gila, bebas kuman parasit bagai.

Korang cuma masak air tak kisah la dalam cerek ke, dalam kawah ke, dalam periuk ke whatever la, Fana masak dalam periuk besar pasal tak ada cerek. Almaklum la kita pakai coway. Korang masak agak-agak banyak nye tu tenggelam mop cukup la, lagi banyak lg bagus.

AIR PANAS, 2 SUDU GARAM, 1 PENUTUP DETTOL

Lepastu, dah didih korang curah ke baldi mop, baik-baik dik ya air mendidih tu karang tak pasal korang saman Fana yang ajar main air panas. Pastu letak garam dalam 2 sudu makan dan 1 tutup pure detol, jangan korang pakai sabun mandi jel detol pula ya.

Lepastu korang perah mop tu kuat-kuat jangan sampai ada air menitik, jap-jap jangan perah pakai tangan tau. Lepastu korang menari menari zumba la atas karpet tu dengan mop korang okay, ada faham?

BUKA KIPAS UNTUK KERINGKAN

Selesai mop, pastikan buka kipas laju-laju jangan bukak aircond pula, buka kipas supaya wap wap mop tu kering ok.

P/s: time mop sambil berzumba tu korang kena tenyeh-tenyeh sikit kat karpet tu, nanti dalam air mop korang nampak la betapa cafe lattenya air mop tu. Kalau dapat beli la mop baru yang putih gebu khas untuk karpet sahaja, Fana beli kat Eco jek rm4. Kalau dapat la kan jangan campur mop yang kita mop lantai ya.

Sumber: Syarifah Farhana Syed Fadzil

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×