40 Minggu

Lepas Hubungan Badan, Isteri Kena BUAT Posisi Ini, Barulah Cepat Lekat Baby!

18
SHARES
cara mudah untuk hamil

“Kata orang, cara mudah untuk hamil adalah dengan melakukan beberapa posisi semasa seks? Posisi apa ya?”

Mungkin ramai dalam kalangan kita yang membaca atau mendengar beberapa tips mengenai posisi ketika melakukan hubungan seks. Namun, menurut Healthline, tiada sebarang posisi semasa melakukan seks yang dijamin dapat membantu anda mudah hamil melainkan satu posisi selepas selesai ‘urusan’ tersebut.

Kalau anda sedang berada di dalam proses untuk mendapatkan zuriat, terdapat satu langkah yang anda perlu berjaga-jaga selepas melakukan hubungan seksual bersama si suami. Jangan terus bangun mandi ya!

Baca juga: Hubungan Romantis Suami Isteri Makin Pudar, Guna 5 Cara Ini Untuk ‘Panaskan’ Kembali Cinta!

CARA MUDAH UNTUK HAMIL : POSISI APA PERLU BUAT SELEPAS HUBUNGAN SEKS?

cara mudah untuk hamil

Salah satu cara yang dikongsikan supaya boleh dijadikan teknik mudah untuk hamil adalah untuk kekal berada dalam posisi terlentang di katil selepas melakukan hubungan seks.

Cara ini sudah pun mendapat pengesahan dari Prime Fertility Center di Bangkok dan ia merupakan saat yang paling penting setelah selesai melakukan hubungan. Hal ini kerana, sebaik sahaja sperma masuk ke dalam vagina, ia masih dalam bentuk cairan pekat dan masih tidak boleh bergerak.

Sperma pekat ini kebiasaanya akan berubah menjadi lebih cair setelah 15 hingga 30 minit baru kemudiannya boleh bergerak menuju ke tempat untuk membuahkan sel telur. Kerana itulah, bagi anda yang sedang cuba untuk hamil, sangat disarankan untuk anda kekal tenang dan tidak bangun secara mengejut selepas melakukan hubungan seks.

Posisi terlentang ini dan dibantu oleh bantal di kawasan punggung dan pangal paha juga akan memastikan sperma berada di tempat yang tepat. Tidaklah, secara terburu-buru anda bangun dari katil dan membuatkan sperma yang berada dalam vagina ‘berlari’ ke tempat yang anda tidak diingini. Jadi, posisi tidur terlentang selepas melakukan hubungan seks adalah posisi yang paling disarankan supaya anda mudah ‘lekat’ dan cepat hamil.

cara mudah untuk hamil

*Nikmati dahulu momen selepas berhubungan dengan suami. Boleh cuba cara bergurau dan bersembang dengan suami dalam keadaan tidur terlentang ini dalam tempoh 15-30 minit sebelum bangun supaya sperma sempat membuahkan hasil di dalam sistem peranakan anda.

Sumber: Healthline, PopMama

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×