Nur

Allahu..Kembang Tekak Bila Terjumpa Rambut Dalam Makanan, Kena Buat Apa Ni?

7
SHARES
rambut dalam makanan

“Aiyaaa..jumpa rambut dalam makanan! Kedai ini ada guna sihir pelaris atau santau ke?”

‘Spoiled’ betul mood bila makan dan terjumpa sehelai rambut dalam makanan yang sedang dinikmati tersebut. Bermulalah episod nak mengamuk kepada pengusaha makanan tanpa sebarang toleransi!

Sabar, tunggu dahulu kerana ada solusi dalam setiap masalah yang berlaku. Apa kata anda lakukan 5 cara ini jika terjumpa apa-apa sahaja benda yang asing dalam makanan di restoran. Bukan semua adalah berpunca dari sihir atau santau ya.

Baca juga: Mimpi Sesuatu Berwarna Putih Dalam Islam Tanda Anda Ada Saka? Ini Maksudnya…

APA KENA BUAT KALAU JUMPA RAMBUT DALAM MAKANAN? TANDA SANTAU KE?

rambut dalam makanan

Foto: Dailymail.com

1.Jangan mengamuk

Sudah semestinya apabila terjumpa helaian rambut di dalam makanan boleh membuatkan pelanggan kedai makan mengamuk! Sabar, sabar jangan panik kerana perlu lakukan pemeriksaan terlebih dahulu. Boleh jadi rambut yang disangka datang dari tukang penyedia makanan rupanya datang dari rambut anda sendiri!

2.Beritahu kepada pengusaha kedai

Perkara kedua yang anda boleh lakukan selepas mendapati ada rambut dalam makanan adalah, beritahu kepada pengusaha kedai makan tersebut. Lakukan secara berhemah dan berbincang dengan tuan kedai supaya perkara buruk ini tidak didengari oleh pengunjung restoran yang lain. Walaupun perkara ini menjengkelkan namun boleh jadi kerana tidak sengaja.

3.Minta makanan baharu

Selepas melaporkan kepada pihak pengusaha restoran, minta kerjasama baik dari mereka untuk menyediakan makanan yang baharu kepada anda. Jangan rasa serba salah kerana ini merupakan hak anda.

4.Jangan cepat sangat ‘mengadu’ di media sosial

Inilah yang sering mengundang perbalahan dalam kalangan warganet apabila anda terlampau cepat menyebarkan berita. Selepas mengadu kepada pengusaha kedai, tunggu tindakan yang diambil terlebih dahulu. Jika mendapati tiada sebarang tindakan positif yang diambil, barulah boleh laporkan kepada pihak berkuasa.

5.Baca doa khas

Seringkali orang mengatakan bahawa bila terjumpa rambut di dalam makanan adalah petanda sihir. Jadi, amat penting untuk anda kekal berwaspada dari segi agama pula supaya tidak terkena sihir ini. Antara doa yang boleh diamalkan selain doa makan biasa adalah:

-Bismillah selama lima kali (5x)

-“Bismillahilazi La Yadurru Maasmihi Shaiun Fil Ardi Wa La Fis Samaaie, Wahuwas Samiul Alim”. (bacalah sebanyak 3 kali)

Rasulullah SAW didengari berkata sesiapa yang berdoa,

“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

*Jangan buat acara menarik rambut pula di dalam kedai makan tersebut ya. Selesaikan dengan cara elok..

rambut dalam makanan

Foto: Times of India

Baca juga: Rindunya Rasa Hati…Amal Doa Ini Untuk Gandakan Pahala Ibu Bapa Yang Sudah Meninggal

Sumber: DetikFood.com, DailyMakan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×