Ramai dalam kalangan kita yang sering tertanya-tanya bagaimana caranya untuk kita berwuduk di atas pesawat. Tandas ada, air pun ada tetapi ada yang menyarankan untuk anda bertayamum sahaja di dalam pesawat untuk solat. Tetapi, bagaimana cara tayamum dalam pesawat ini? Nak cari mana debu?
Jadi, menurut perkongsian di laman Instagram ini, menunjukkan cara yang betul untuk anda bertayamum di dalam pesawat tanpa menggunakan debu. Mudah sahaja caranya..
Baca juga: Cara Mohon Skim Perubatan MADANI, Bantu Golongan B40 Kurangkan Kos Rawatan Kesihatan
CARA TAYAMUM DALAM PESAWAT, TIADA DEBU PUN BOLEH
Dalam pesawat ada air, jadi boleh ke kita tayamum? Dalam buku Syarah Fathal Qarib Diskursus Ubudiyah Jilid Satu terbitan Mahad Al-Jamiah Al-Aly UIN Maulana Malik Ibrahim Malang, sebab seseorang diperbolehkan melakukan tayamum di antaranya adalah:
1. Tidak ada air, baik secara faktual maupun secara hukum (syar’i)
2. Jauhnya air dari orang yang bertayamum
3. Uzur menggunakan air, baik secara faktual maupun secara hukum
4. Cuaca yang sangat dingin
Cara untuk tayamum dalam pesawat
1.Membaca niat tayamum
Nawaitut tayammuma lisstibaahatish shalaati fardlol lillaahi ta’aalaa.
Ertinya: Aku berniat tayamum agar diperbolehkan solat kerana Allah ta’ala.
2.Menepuk kedua belah tapak tangan secara perlahan ke sandaran kerusi pesawat di hadapan. Ke dinding pesawat pun boleh.
3.Sapukan kedua tapak tangan ke wajah secara merata dari hujung rambut, dahi dan dilanjutkan dari daun telinga kanan sampai daun telinga kiri.
4.Menepukkan lagi kedua telapak tangan seperti gerakan yang pertama.
5.Terakhir, sapulah tangan kanan hingga siku menggunakan tapak tangan kiri secara merata. Setelah itu sapu tangan kiri sehingga ke siku dengan telapak tangan kanan.
Jadi, walaupun di atas pesawat ada air, tetapi jumlahnya terbatas dan banyak keperluan lain yang akan digunakan dengan air tersebut. Jadi alternatifnya selain menjaga wudhu (berwudhu sebelum naik pesawat) kita juga diperbolehkan menggunakan cara Tayamum.
View this post on Instagram
Semoga bermanfaat!
Sumber: Instagram @linctraveller