Nur

Nampak Mudah Tapi Sebenarnya ‘Mahal’ Untuk Dapatkan Hati Yang Tenang, Wanita Kena Cuba..

15
SHARES
tips hati tenang

“Serabutnya rasa hati ni, buat semua benda tak senang! Apa tips hati tenang terutama untuk wanita ya..”

Mempunyai rasa hati tenang dan tidak berserabut merupakan impian kepada setiap insan. Ramai dalam kalangan kita yang selalu rasa ‘berat kepala’ kerana terlampau berfikir dan menyoalkan segala yang terjadi dalam kehidupannya khususnya dalam kalangan wanita.

Jadi, inilah masanya untuk kita berubah dan menjalani kehidupan berlandaskan ajaran dan sunnah dari Islam. Seperti yang diamalkan oleh individu yang dikenali sebagai Dato Faridah Mohd Ali di laman Facebooknya, berkongsikan beberapa cara yang boleh dilakukan supaya menjadi seorang wanita yang berkualiti dan tenang dalam setiap perkara.

Baca juga: Tips Hati Tenang, Ini 15 Cara Nak Ubah Derita Kepada Bahagia

TIPS HATI TENANG, KHUSUSNYA UNTUK KAUM WANITA

tips hati tenang

1. Bangunlah seawal pagi

Kemas tempat tidur kita. Ini disiplin diri yang utama. Lepas tu segeralah mandi. Jika saya bangun jam 5 pagi, saya akan segera mandi. Jika saya sedar 5.30 pagi, saya pasti akan mandi. Sebelum buat apa-apa, mandi dahulu. Mandi sebelum Subuh ini adalah petua awet muda dan sihat tubuh badan. Amalkan berterusan mandi pagi ini.

2. Buatlah Solat sunat Tahajud

Dua rakaat atau empat rakaat. Solat tahajud adalah ruang ekslusif kita sengan Allah. Apa yang dimohon masa tahajud sama macam anak panah. Moga Allah tunaikan hajat kita yang sangat banyak. Usah jemu meminta dia dalam tahajjud.

3. Bacalah Al Quran sebelum masuk azan Subuh

Amalkan berterusan secara istiqamah. Walaupun hanya satu halaman Al Quran. Mula-mula berat juga, lama-lama dah jadi kebiasaan bagi yang konsistent. Sehingga Al Quran mendasari hidup kita. Cahaya peneman hidup:

4. Selepas solat Subuh baca Yassin

Yassin ini terlalu banyak manfaatnya. Bukan hanya dibaca pada malam Jumaat. Banyak kebaikan baca Al Quran terutama Yassin di awal pagi. Saya amalkan setiap hari bersama Kelab 7 Pagi. Alhamdulillah tanpa gagal kami membaca Yassin dapam Kelab 7 Pagi setiap hari. Alhamdulillah..

5. Ini sangat dituntut iaitu Sedekah Subuh

Saya juga mengamalkannya melalui Kelab 7 Pagi. Masyaallah luar biasa kebaikannya. Sedekah Subuh diagihkan kepada rumah anak-anak yatim, sekolah tahfiz, ibu tunggal, orang-orang miskin dan seumpamanya.

6. Selawatlah kepada Rasulullah SAW

Baca sekurang-kurangnya 100 kali. Paling baik 1000 kali sehari. Sambil memandu boleh, sambil memasak boleh, menunggu di kaunter bank boleh, selepas solat fardu boleh. Inshaallah semua urusan hidup akan dipermudahkan jika kita rajin berselawat. Mahu apa saja, berselawatlah.

7. Jika masih ada ibu dan ayah, telefonlah mereka setiap hari

Jika mak ayah kita menggunakan smart phone, buat video call pun sangat bagus. Tengok wajah mak ayah yang menjadi pintu syurga kita. Minta berkat dan doa sebelum mula bekerja atau berniaga. Mohon ampun setiap hari, mohon restu dan doa mereka. Jika mak ayah kita telah tiada, telefonlah orang yang disayangi ibu ayah kita. Mungkin adik beradik ibu ayah kita.

8. Solat dhuha jangan tinggal

Wajib ditunaikan. 2 rakaat, 4 rakaat atau sehingga 12 rakaat. Waktu kita menjadi berkat, banyak urusan boleh dibuat dengan baik dalam waktu yang ditetapkan. Masa menjadi lebih panjang.

9. Amalkan solat sunat lain

Solat sunat Qabliah dan solat sunat Baadiah. Paling hebat sebelum Subuh. Umpama dapat dunia dan seisinya. Lepas tu sebelum dan sesudah Zohor. Kemudian tambah sikit-sikit sampai cukup 10 minimum sehari. Lagi banyak buat lagi bagus. Dikatakan jika solat sunat kita melebihi 40 rakaat sehari, nama kita akan dipadamkan dari senarai ahli neraka. Masyaallah..

10. Buat briswalk setiap hari atau senaman ringkas

Sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Jika briswalk, 5000 step sehari. Atau apa-apa senaman yang sesuai dan kita suka.

11. Secara beransur-ansur, kurangkan jumlah makan. Atau tukar kepada pemakanan yang lebih sihat. Biar badan ringan untuk bergerak. Beribadat. Apa lagi pada usia yang semakin meningkat seperti saya ini.

12. Dengar paling kurang satu nasihat setiap hari

Hati kita milik Allah. Mudah berubah. Sekejap begitu sekejap begini. Dan kena selalu diingatkan. Carilah cara ingatkan diri sendiri dengan cara yang kita suka. Menasihati diri sendiri adalah cara yang paling yang paling baik sekali.

13. Cari ilmu jangan jemu

Tambah satu ilmu satu hari. Dengan teknologi serba canggih hari ini, dunia boleh diperolehi dengan mudah. Hanya melalui smart phone. Supaya kita sibuk dengan usaha untuk upgrade diri sendiri. Orang yang sibuk upgrade diri tak sempat nak lihat benda buruk pada orang lain. Baca buku. Lihat youtube, masuk seminar, dengar ceramah dan sebagainya. Saya banyak mengikuti kelas kelas pengajian di sana sini secara offline juga.

14. Saya suka bersilaturrahim

Berjumpa orang baru sangat banyak membahagiakan kita. Caribrakan-rakan yang baik dan panjangkan ikatan persaudaraan. Bisnes saya adalah bisnes silaturrahim. Bertukar ilmu, semanagat dan ilmu.

15. Saya amalkan bacaan Al Mulk setiap hari sebelum tidur

Ia akan menyelamatkan kita di alam barzakh nanti. Pasang Youtube dan follow bacaan. Lama-lama Surah Al Mulk dah ingat dan melekat dalam minda. Alhamdulillah..

tips hati tenang

Jom sama-sama kita amalkan untuk hidup tenang dan bahagia. Sebagai wanita yang amat sibuk dengan urusan bisnes, saya sentiasa berusaha mencari masa dan ruang untuk istiqamah dengan amalan-amalan ini. Semoga Allah merahmati kita semua.

Foto saya ketika dalam Haramain High Speed Railway dari Madinah ke Mekah ketika mengerjakan umrah yang lalu. Jika dengan bas, 7 jam perjalanan. Dengan train laju ini, dua setengah jam boleh sampai. Alhamdulillah.

Sumber: Faridah Mohd Ali 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×